Nama-Nama Mu Ya Allah


Allah adalah tempat pergantungan yang terbaik

Posted on Monday, 19 December 2011 by isoc.usmkle | 0 comments

Ali Abbas r.a berkata; rasulullah saw telah bersabda; Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hendak mencari keredaan manusia, Allah akan memurkainya dan Allah akan menjadikan setiap yang diredhainya benci terhadapnya. Dan orang yang mencari keredhaan Allah walaupun dibenci oleh manusia, nescaya Allah akan meredhainya dan menjadikan setiap yang membencinya redha terhadapnya, sehingga keredhaan Allah itu menghiasi dirinya, percakapannya dan amalannya, nescaya ia mendapat perhatian Allah. 
(Diriwayatkan oleh al Tabrani)
 
Pernah suatu ketika kita mungkin pernah mengalami perasaan sedih apabila dipulaukan rakan - rakan mungkin disebabkan beberapa kekurangan. Contohnya, mungkin kita pernah ditertawakan orang lain sewaktu berdiri di khalayak ramai untuk memberikan ucapan, ataupun mungkin disebabkan kita mempunyai  bentuk badan yang besar, gigi jongang atau senang kata, tidak mempunyai rupa aras yang menarik. Mungkin hal- hal seperti ini membuatkan 'inferioriti kompleks' dalam kita bertambah

"Kenapa orang lain tak nak kawan dengan aku?"
"Munkin aku tak cukup hensem atau tak cukup bergaya, tu sebab orang taknak kawan"

Mungkin dalam keadaan kita sebagai pelajar mungkin masih tak pernah lagi merasakan hal- hal sebegini. Akan tetapi, hakikatnya ada orang yang mengalami perasaan seperti ini disekeliling kita. Pernah juga pada sesetengah masa, kita cuba untuk menyesuaikan diri kita dengan keadaan masyarakat sekeliling, supaya kita akan rasa diri kita 'updated' dengan keadaan semasa, contohnya:

"aku dah tengok cerita tu semalam, kau tak tengok lagi,... noob giler"
"La, kau tak tukar-tukar hand-set kau lagi ke, ini taun 20an punya beb"

Apa perasaan kita, apabila mendapat 'peer pressure' seperti di atas? Sudah pasti, kita mesti terikut untuk membuat sesuatu perubahan. Subhanallah, jangan khuatir. Itulah masalah-masalah dunia hari ini, kita selalu menggantungkan diri kita pada 'perkembangan dunia', ataupun orang lain sekadar untuk dilihat gah dalam masyarakat. Kita pula, tidak asyik-asyik mengagungkan kehebatan orang lain disebabkan kemewahan yang orang lain peroleh.

Sesetengah orang sanggup mengampu, bermuka-muka dalam persahabatan kerana takut kehilangan kerjaya mereka, persahabatan mereka, mahupun maruh diri mereka. Contohnya, di syarikat- syarikat besar pada hari kita diperlihatkan dengan beberapa kakitangan masyarakat yang sanggup berpakaian sendat, dan ada juga yang sanggup mengambil minuman alkohol semata-mata untuk menjaga 'client' dan nama syarikat. Begitu jugalah hidup kita, tidak kisah dalam apa jua bidang sekalipun, pasti akan sampai satu masa kita akan tersangkut dengan pelbagai masalah. Tapi, sebagai seorang muslim, sanggupkah kita menggadaikan diri kita untuk 'worldly pleasures' yang sememangnya tak membawa kemana-mana?

Disebabkan itu jugalah, kita perlukan penggantungan diri kepada Allah. Orang yang menggantungkan dirinya semata-mata untuk dunia yang ingin dikejarinya, mahupun rakan-rakan yang sentiasa memuji-muji mereka tidak kekal lama. Malah, benda itu sendirilah juga yang memakan diri mereka kembali. Oleh itu, pergantungan diri yang mutlak adalah Allah, tuhan semesta Alam. Allah jugalah yang mengeluarkan diri mereka dari segenap bentuk masalah dunia. 


Orang yang menggantungkan diri mereka pada makhluk tidak mendapat apa jua bentuk ketenangan. Malah mereka membentuk penyakit hati untuk berlebih-lebihan dalam hidup, diliputi perasan resah gelisah akan kerjaya yang mereka miliki, rakan-rakan yang memuji kehebatan mereka mahupun cemburu akan kejayaan orang lain. Berbanding mereka yang meletakkan Allah sebagai segala-galanya dalam hidup, mereka lebih tenang dalam hidup walaupun memiliki harta yang sedikit, mahupun risau akan kehilangan kerjaya dan ditimpa masalah.

 Ustaz Asri: Erti kebahagiaan sebenar dengan penggantungan diri pada Allah taala


0 comments:

Post a Comment