Nama-Nama Mu Ya Allah


Showing posts with label Tempe Pakai Patiala. Show all posts
Showing posts with label Tempe Pakai Patiala. Show all posts

Makan. Doa. Cinta. ?

Posted on Monday, 18 March 2013 by isoc.usmkle | 0 comments
Labels:


Pernahkah anda menonton filem Ketika Cinta Bertasbih? Kalau tak pernah silalah rujuk ikhwah akhowat yang pernah tengok ya. Ingatkah anda pada beberapa scene di mana Abdullah Azzam dan Anna Althafunnisa berdoa dengan linangan air mata. Doa pendamba cinta manusia bermatlamat redhaNya yang sungguh ikhlas.

Begitu juga kita bukan, hoho. Kalau part doa minta pada Allah supaya dapat pasangan yang baik, sungguh-sungguh menghayati, hati seolah-olah mengemis, Ya Allah, berilah pada aku. Titisan air mata turut sama menemani sampai basah tangan, bertakung air mata umpama lopak air di tengah jalan selepas hujan.

Kerana apa, kerana CINTA. Kerana kita benar-benar memaknakan doa yang kita lafaz. Dan apabila Allah perkenankan, gembira bukan kepalang subhanallah, hati bernyanyi riang, langkah terasa ringan. Oh dunia, ketahuilah hari ini doaku Allah perkenankan.

Tapi mengapa sukar benar kita ya sahabat, memaknakan doa doa lain. Doa minta Allah tetapkan pada ketaatan, doa minta Allah jauhkan daripada maksiat, doa minta Allah berikan kita hidayah. Seakan doa hafalan yang dibaca sekadar mencukupkan syarat berdoa, iyalah nanti dikata orang sombong pula. Bukankah antara orang-orang yang sombong itu ialah orang yang tidak berdoa selepas solat.

Eh eh, suka hati awak je labu cakap macam tu. Amboi. Kita hayati la doa kita. Tapi mari kita check balik apa yang kita buat, kenapa bila hidayah datang menyapa, kita lari. Bila sahabat ajak berjemaah di surau, ok bukan suraulah, bilik, kita cakap kita busy? Bila kawan ajak duduklah kejap, kita sharing sharing, kita duduk macam cacing kepanasan. Bila ada apa-apa yang kita tahu, benda ni pasal Tuhan aku, kita tak ambil peduli. Bila kawan tegur pasal couple, kita rasa malas nak dengar. Aku tak buat salah, aku niat nak kahwin lah. Kenapa? Tapi selepas solat kita minta pada Allah, minta Allah bagi hidayah kat kita, kita doa, ‘Ya muqollibal qulub, thabbit qulubana a’la deenik waa’la tooatik’. Jadi kenapa bila Allah datang, kita yang lari.

Kalau tanda-anda berikut ada, rasanya kita belum lagi memaknakan doa kita. Allahurobbi. 22+- tahun berdoa. Tapi kosong. Dan kita persoalkan lagi pada Allah kenapa Kau tak perkenankan doa aku. Kenapa Palestin tak menang-menang,tak aman-aman lagi. Dah berpuluh tahun aku doakan Palestin. Contohnya la. 

Tapi tapi tapi macam mana nak memaknakan doa?

Pertama, kita mula dengan wudhuk, nak doa paling bagus kita berwudhuk dulu ya. Wudhuk yang macam mana. Wudhuk zohir dan bathin. Wudhu bathin macam mana? Setiap basuhan anggota wudhuk, kita jiwai. Imbas balik dosa yang kita buat dengan anggota tu semua dan mohonlah, doalah dalam hati, moga dengan jatuhnya titisan air wudhuk itu, terhapus dosa dosa tu semua. Tapi pesanan penaja, korang janganlah wudhuk sampai setengah jam dan guna air paip berbaldi baldi. Tambahan dengan Belgaum yang tak ada air sekarang ni. Jimatlah. Wudhuk itu bukan pada kuantiti, tapi ratakah sapuannya. Macam ostad ostajah pulak rasa. Hee.

Kedua, fahamilah doa kita. Balik tengok maknanya dan fahaminya. Biar bergetar jiwa saat setiap bait doa kita baca. Biar basah lencun minda dan raga. Basah di mata, tu optional. Cuba guna teknik imbas kembali dalam komsas tu, imbas balik setiap dosa. Memang susah, iya saya sendiri pun rasa susah. Iyalah tengah bayang tiba-tiba teringat Datin Seri Jaguar Si Kucing Item dan enam ekor anak-anaknya. Habeh. Tapi cubalah, bukan main bola je kena berlatih. Hati kita pun kita kena latih tau.

Ketiga, jangan tipu Allah. Terus terang ya kawan-kawan. Alah rugi je korang tipu Allah, Dia tahu jugak. Kalau lemah kata je lemah. Kalau nak nangis, nangis je lah. Kalau tak mampu cakap je tak mampu. Jangan bimbang, mungkin bila kita cerita masalah kat kawan-kawan, dia orang rasa benda tu kecil je, benda remeh. Tapi Allah, apa pun masalah kita, tak pernah remeh pada Dia. Dia tahu kita sakit. Sakit kita bukan benda kecil bagi Allah. Bagaimana kita bangkit, itu tidak kecil bagi Allah. Bagaimana kita kuat demi Dia, itu tidak kecil bagi Allah. Yakin, Dialah Tuhan yang mendengar setiap zarah bicara. Zarah, bukan organ ya, zarah. Yakinlah, kalau bibir sudah tidak mampu mengungkap kata, setiap cell dalam badan kita yang menangis hiba, tetap akan didengariNya. Dan tangisan sekecil satu cell itu pun, bukan kecil bagiNya.

Doalah. Pilihlah untuk jadi kuat, kamu ada Dia. Everything will be fine. Just fine.  



“Sesungguhnya kehidupan di dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau. Jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu, dan Dia tidak akan meminta hartamu. [Muhammad : 7]

Malaikat cintaku

Posted on Monday, 21 January 2013 by isoc.usmkle | 0 comments
Labels:



Bismillah..

Oh, kelihatan meriah pelajar-pelajar second year berbincang tugasan mempromosi akhlak Rasulullah saw, di Kake Walk, di group group whats app, juga di pinggir-pinggir bilik. Ada juga yang sedang cakap telefon, call mama okay- sila husnudzhon dengan kawan-kawan kita walaupun mereka jelita-jelita dan kacak-kacak belaka.

Cuaca semakin sejuk nampaknya, walaupun sudah tiada status update dari para pelajar USM-KLE yang sering merasa sejuk seperti sedang belajar di Moscow walaupun suhu 12 degree sebenarnya. Tak apa, bak kata pepatah English, without dream, there’ll be no reality.

Back to serious business, -muka ketat ~..~- Kita sebenarnya dah menghampiri hari kelahiran Rasul kita, Nabi Muhammad saw.  Menyelusuri kisah Rasulullah yang sangat mencintai kita, dan sentiasa mengingati kita hinggalah ke saat Baginda menghembuskan nafas baginda yang terakhir, hati saya jadi sebak sendiri.

Oit! 'emotionally unstable' pulak! Tegur seorang kawan.

Biarlah, Nabi kita menangis mengingatkan kita, berdarah-darah sebab kita. Kita menangis sikit takut orang cakap kita ‘poyo’.

Masa kita lalu kat titian sirat, Nabi tahu kita takut, Nabi kcakap kat Malaikat Malik, palingkanlah wajahmu daripada ummatku, nanti mereka takut.

Bila kita tergantung kat tengah-tengah, Nabi pergi tarik tangan kita.

Oh, sila malu dengan diri sendiri ya. Sila malu.

-kedengaran suara team PBL 7 ,sedang berarak bilik ke bilik, untuk tanya siapa yang nak dikejut Subuh esok. Aiwah.

Kita mungkin tidak mampu menanggung apa yang Rasulullah rasa, tak mampu tahan pemulauan, tak mampu tahan ketakutan bila ada cobaan membunuh kita, tak mampu pergi tengah-tengah marruti galli, cakap pasal Islam and then kena baling batu pastu berdarah dahi, lalu darah mengalir masuk ke dalam kasut dan berkocak-kocak dalam kasut kita tu. Kita tak mampu.

Jadi kita doalah, semoga amalan dan usaha kecil yang kita buat ni, Allah redha dan boleh buat Rasulullah senyum tengok kita kat akhirat nanti. Semoga amalan ini, dapat melahirkan rasa cinta yang sangat kuat, supaya kita ada semangat untuk berubah kearah yang lebih baik. Semoga amalan ini, dapat bagi kita rasa sedikit susahnya Rasulullah dahulu.

Ada seorang sahabat pernah berpesan,

Seumpama di dalam semak samun, ada sekuntum bunga yang mekar,
Seperti itulah, di dalam hinanya kita dan banyaknya dosa kita pada Allah, ada satu amalan kita yang sangat Allah suka.
Amalan yang kita tidak tahu yang mana, Allah saja tahu.

Kerana akan datang, suatu masa yang pasti, bila kita akan mati, menghadap ilahi, mungkin esok, mungkin kejap nanti, mungkin malam ni tidur pagi esok tak bangun lagi, 

Allah akan tanya apa yang sudah kita buat untuk Dia?

Cuba bayangkan, apa kita nak jawab masa tu?

Kita cari Rasulullah, bantulah aku Ya Rasulullah, aku ummatmu..

Sedangkan dahulu, aku hanya sibuk, dengan duniaku..



Oh, hari ini kita perlu serius. 

Tempe Pakai Patiala.



Tempe Pakai Patiala?

Posted on Wednesday, 26 December 2012 by isoc.usmkle | 0 comments
Labels:


Kisah ini merupakan rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang telah meninggal dunia. Yang masih hidup adalah kaitannya sikit-sikit. Sila activatekan mode ‘time frame adaptation’ anda, kerana kisah ini agak berbelit.

Suatu masa dahulu;
“Farah (bukan nama sebenar, eh yeke? ^^), jom lah ikut aku jumpa kakak ni. Best.”
Maher pujuk lagi. Alahai Maher. Istiqamah sungguh.
“Tak apa lah Maher, aku nak focus study dulu. Kau tahu kan SPM dulu aku dah tak dapat straight A. Habis peluang nak fly, nak jadi doctor.”

Bertenang, bertenang, bertenang. Sekarang saya bukan nak cakap pasal usrah. Jadi sila jangan tekan X  di hujung kanan skrin anda sekarang. Hehe.
Cuma hari ni, rasa macam nak imbas kembali saat saat dahulu kala, zaman muda remaja, cantik jelita, anggun bergaya. Ok bye.

Betul-betul tak faham kenapa Maher sibuk nak ajak-ajak aku join geng dia orang tu. Geng surau lah kononnya. Surau An-Nurrrrrr. Berjuang lah gedegung gedegang. Bosanlah.

Aku solat je. Solat sunat pun buat.

Aku istiqamah je pergi kuliah Zohor. Kuliah Zohor kot weh. Room mate lain semua tidur kot.

Ikhtilat insyaAllah, terjaga.

Aurat pun Alhamdulillah.

Bahasa Arab, A+ dah.

Mengaji, lancar. Tajwid Ustaz Nasir cakap ‘aiwah, mantop’!

Apa masalah aku Maher? Aku orang Islam Maher. Aku boleh jawab soalan kau. Sirah, Feqah, Aqidah. Aku boleh bagi syarah(keterangan) Hadith dan Ayat Quran dalam bahasa Arab juga Maher.

Tapi bukan akal je Farah. Betul, nak kenal Allah kena dengan ilmu Farah. Tapi hati pun perlu ada. Hati Farah, hati.

Tak apa Farah. Aku tanya je. Mana tahu kau free free bolehlah join. J
Blur* Blur*  Blur*

Selesai solat Maghrib. Oit, roommate kiut miut dari Pahang dah start bukak buku. Oit, oit!
Teringat kata Maher, hati. Hati. Kenapa dengan hati. Teringat pula super senior pernah share kata-kata Imam Al-Ghazali ;

"Carilah hatimu di 3 tempat. Cari hatimu sewaktu membaca al-quran. Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui,juga carilah hatimu ketika kau duduk bertafakur mengingati mati. Jika tidak kau temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, mintalah hati yang baru kerana hakikatnya pada masa itu kau tidak lagi mempunyai hati."

Hati. Ada apa pada hati? Tangan aku letak di dada. Aku dapat rasa jantung berdegup. Lup dup lup dup. Aku istighfar. Kenapa tak ada getaran.

Alah, tak kan lah tiba-tiba lup dup tu nak jadi luuuup duuup kot, sebab getaran. Nanti ada murmur pulak. Tu dh penyakit. Tak logiklah. Baik study.

Aku buka tutorial maths. Bukak stesen radio ai fm. Amboi, sedapnya lagu Cina. Mendayu dayu. Baru seronok study macam ni. Rasa tenang sikit.

Aku letak lagi tangan ke dada. Lup dup lup dup. Tapi kenapa macam...

Kenapa dengan hati aku ni Maher, kenapa?

Ok, tutup buku Maths, tidur sekarang.

Blup* Blup* Blup*

Tenggelam. Aku jalan sorang-sorang. Ribuan pelajar. Ada yang jalan laju-laju, ada yang lenggang-lenggang. Ada yang cintan-cintun. Ada yang senyum, tenang. Ada yang berhenti beli nasi lemak enam posen kat kedai Pak Cik 4flat walaupun telurnya potong enam belas. Ada yang isi air kat mesin air ‘underground water’. Ada yang pakai ear phone tak kisah orang lalu lalang, ada yang gelak gelak ramai-ramai. Gembiranya diaorang. 
Tapi kenapa aku rasa aku sorang-sorang. Tak ada orang sayang..Oit korang pandanglah aku, tegurlah aku. Aku sorang-sorang ni.

Assalamualaikum Farah.

Oh, Syahirah rupanya. Kawan Maher. Ahli An Nuuuurrrr. Syahirah senyum. Waalaikumusalam, aku jawab. Dia jalan laju melepasi aku. Dia jalan sorang-sorang juga. Tapi dia tenang.

Kenapa dengan hati aku ni Maher. Kenapa tak tenang ni Maher.


Sekarang ;

Aku rasa kosong. Hati aku kosong.

Aku pergi Kake Walk. Secawan Coffee. Satu Brownies.

Aku jumpa dia kejap. Romantik lah dia tu. Dia masakkan aku spaghetti bolognaise. Minggu depan aku masakkan untuk dia pula.

Main main, main futsal, main volley, main netball, main basketball, main badminton. Lari jugak, ten rounds. Wah wah wah. Hebak sungguh nok royak ke mung!

Aku pergi gelak kejap dengan kawan. Ohoiii..dah nak kawen ke dia tu. Gosip jah, baru meriah. Ni study je kerjanya ye dak?

Online shopping kejap. Jabong. Myntra. Make My Trip. Chalo, Kashmir jayengge!

Tengok movie jom, Istanbul,aku datang.

Comelnya Jonghyun nyanyi lagi Doolie dalam Gentleman’s Dignity!! Ahaks.

Go Taeyon Unnie, sarangheyo.

Dota Dota Dota.

I’m so into music. Music is my life. Peace no War!

Stalk. Stalk. Stalk.

Poyo la sharing sharing ni. This is not my stuff. Aku cool.

Sahabat sayang,

Buatlah apa pun yang kita nak buat kat dunia ni selagimana benda tu Allah tak marah. Mainlah netball sampai pengsan. Tengoklah Korea sampai lebam biji mata. Pakailah earphone, dengar lagu sampai berdarah telinga.

Cuma ingatlah, kita hidup berTuhan.

Tuhan yang sentiasa tunggu kita  berlari pulang kat Dia.

Tuhan yang kalau kita dekati Dia sejengka, Dia datang sehasta. Kita dekati Dia sehasta, Dia datang sedepa.

Tuhan yang kalau kita berjalan kearahNya, Dia berlari mendapatkan kita.

Tuhan yang sangat cintakan kita. Lebih daripada kita cintakan Dota.

Tuhan yang sentiasa memaafkan kita saat kita memilih antara Dia dan drama Korea lakonan Hyun Bin.

Terpaksa memilih antara Dia yang berikan kita semuanya dan si dia yang masakkan kita spaghetti bolognaise 
sekali dalam tempoh puluhan tahun.

Tuhan yang sangat ingin kita pulang kepadaNya dalam keadaan yang tenang dan diredhaiNya.

Al Fajr
23. Wahai jiwa yang tenang!
24. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya
25. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu
26. Dan masuklah ke dalam syurgaKu

Dia taknak kita mati dalam keadaan masa kita tengah dengar lagu Incubus. Nauzubillahimin zaalik!
Pulanglah pada Dia. Carilah Dia.

Letakkan tangan di hati. Istighfarlah dengan sebenar-benar istighfar, kenang segala dosa dan jahiliyyah lalu. Dan rasailah getaran hati itu. Bukan murmur! Bukan juga Mursyid! XD Getaran tu macam satu perasaan yang sangat indah, sebak tapi mendamaikan. Sayu tapi menenangkan. Cukup indah. Bila dah dapat, jangan 
lepaskan lagi. Terus sprint macam Francesca Fresheila. Aiwah!

Apabila Allah telah menimbulkan penyesalan dalam hatimu, adakah engkau mahu melepaskannya?
_________________________________________________________________________________

[ringtone phone Nokia 3310]
Assalamualaikum Farah, ni Kak Athirah, kawan Maher. Akak nak ajak Farah...
Saya nak akak! saya nak!

>>> Maher
>>> Kak Athirah
>>> Syahirah
Tunggu aku, nanti aku datang. Kita sama-sama, berlari pulang kepada Allah  !