Nama-Nama Mu Ya Allah


Rehber; educational & Social Welfare Society's Orphanage

Posted on Wednesday 11 April 2012 by isoc.usmkle | 0 comments
Labels:

Rehber; educational & Social Welfare Society's Orphanage

Tanggal 8 April 2012, pihak ISOC USM-KLE telah membuat lawatan ke pusat anak yatim Rehber. Seramai lebih kurang 16 orang pelajar telah turut serta dalam lawatan tersebut. Pada jam 5 petang, sedikit penerangan telah disampaikan oleh Mohammad Hanif (Pengerusi ISOC USM-KLE) mengenai aktiviti yang akan dijalankan di sana.

Bangunan pusat Rehber

Ketibaan di Rehber

Rumah anak yatim Rehber terletak di Hydar Ali Chowk, Jindatt Nagar, Peeranwadi, Belgaum. Perjalanan ke sana dari JNMC mengambil masa selama lebih kurang 20 minit. Setibanya di sana, kami disambut mesra oleh 2 orang penjaga Rehbar. Menjadi tradisi di India, apabila mereka menerima tetamu, teh panas ('chai') disediakan untuk para tetamu. Kedatangan kami turut disambut oleh En. Afzal, pemilik Rehber.

Kami diberi peluang untuk meninjau kawasan pusat tersebut dan bertemu dengan anak-anak yatim di sana. Bangunan pusat tersebut mempunyai 2 tingkat dan terdiri daripada beberapa buah bilik; ruang tamu, dapur dll.  Disamping berkenalan dengan kanak-kanak tersebut, kami turut membuat aktiviti bersama mereka seperti berselawat, menyanyikan asmaul husna dan membaca doa-doa harian.

Antara anak-anak yatim di Rehber

Sebelum kami berangkat pulang, wakil daripada ISOC USM-KLE telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada En. Afzal. Sumbangan tersebut merupakan hasil kutipan derma daripada pelajar-pelajar USM-KLE atas inisiatif pihak ISOC.

::Sedikit maklumat mengenai pusat anak yatim Rehber; 6 tahun lalu, sebuah organisasi bernama 'Rehber Educational & Social Welfare' telah ditubuhkan atas rasa tanggungjawab dan amanah terhadap anak-anak yatim. Pada masa yang sama, sebuah pusat telah disediakan bagi menjaga kebajikan kanak-kanak tersebut. Pada permulaannya, pusat Rehber hanya mempunyai 4 orang kanak-kanak dan sekarang jumlah tersebut meningkat kepada 40 orang.

pelajar lelaki yang mengikuti lawatan ke Rehber.
:: Nota kaki: Semoga sedikit sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak membantu anak-anak yatim tersebut meneruskan cita-cita mereka dan menyelamatkan ISLAM mereka, insyaAllah..
Semoga kita tidak pernah jemu untuk memberikan sedikit sumbangan kepada mereka yang memerlukan..

0 comments:

Post a Comment