Nama-Nama Mu Ya Allah


Berwuduk dan kepentingannya secara saintifik

Posted on Monday, 21 January 2013 by isoc.usmkle | 0 comments


Berwudhuk juga merupakan satu daripada sunnah Nabi dan kita digalakkan untuk sentiasa berwudhuk. Namun, adakah kita semua tahu kepentingan berwuduk secara saintifiknya?

"Dan dirikan solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar"

(Al-Ankabut: 45)

Apakah keajaiban di sebalik kita berwudhu'? Kini telah ramai pakar perubatan moden yang mengkaji kebaikan berwudhu'

Wudhu merupakan senjata orang mukmin.Allah berfirman:

"Hai orang-orang yang beriman,apabila kamu hendak mengerjaka solat maka basuhlah mukamu dan tanganmu hingga ke siku dan sapulah kepalamu dan basuh kakimu ke dua-dua mata kaki, jika kamu junub maka mandilah, jika kamu sakit atau dalam perjalanan dalam kembali dari tempat buang air atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan tanah yang baik, sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyusahkan kamu tetapi dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur"

(Al-Mai'dah:6)

Wudhu' tidak hanya sekadar membersikan anggota badan yang zahir dan bukan sekadar menyucikan badan yang dilakukan secara berulang kali setiap hari. Pengaruh kejiwaan dan kemuliaan rohani dan dirasakan seorang muslim setelah berwudhu' lebih besar daripada hanya sekadar diungkapkan dengan kata-kata, terutama apabila dia telah melakukan wudhu' dengan sempurna dan baik.

Wudhu' memiliki peranan yang besar bagi kehidupan seorang muslim kerana wudhu' akan menjadikannya sselalu sedar dan bertenaga dalam hidupnya. Perkara ini sebagaimana dinyatakan sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Muslim:-

"Siapa yang berwudhu', dengan sempurna, maka dosa-dosanya keluar dari badan hingga ada yang keluar dari bawah kukunya."

"Siapa yang berwudhu' kemudian dia menyempurnakan dengan membasuh kedua-dua tangan, wajahnya, menyapu kepalanya dan kedua telinga, lalu dia berdiri melaksanakan solat wajib, maka dosanya diampuni pada hari itu. Dosanya diampuni selama dia menjaga kemana kakinya berjalan, menjaga apa yang dipegang tangan yang didengar telinga, yang dilihat matanya dan selama dia mencegah dirinya terjerumus ke dalam keburukan."
(H.R Ahamad dari Abu Umamah)

Mencuci tangan

Lebih 70% penyakit berjangkit seperti influenza disebabkan oleh bakteria, virus mahupun cacing adalah melalui kontaminasi melalui tangan. Dalam bidang kedoktoran yang bakal kita ceburi dalam masa beberapa tahun akan datang,, protokol standard yang paling penting adalah mencuci tangan dan membilasnya dengan sabun. Oleh itu, tidak hairanlah wudhuk dimulakan dengan mencuci kedua belah tapak tangan,

Berkumur
berkumur dapat melindungi oral kaviti daripada jangkitan dan membersihkan gigi drp sisa makanan. Pada hakikatnya, membersihkan kawasan mulut dapat mencegah risiko jangkitan penyakit. Apabila jangkitan itu disebabkan oleh bakteria Streptococcus B hemoliticus, racun daripada tindakan imuniti tubuh ke atas bakteria dapat merebak ke jantung atau ginjal melalui aliran darah. (ni dalam chapter infective endocarditis pun ada tak silap)

Istinsyaq 
maksudnya ialah menghirup air ke dalam hidung. Menurut pakar bedah tumor (oncologist) Dr bahar Azwar, apabila terdapat tumor yang tersembunyi di dalam hidung, aliran air ke dalam hidung dapat merangsang pendarahan sekiranya benar-benar terdapat tumor (positif test- so kiranya boleh detect at early phase lah ).

Membasuh muka
Dengan membasuh muka, kita dapat membersihkan kotoran yang melekat akibat daripada rembesan yang dikeluarkan oleh kelenjar kulit. Rembesan ini selaunya akan menjadi medium pertumbuhan dan pembiakan bakteria. Membasuh muka juga dapat melindungi kulit terutamanya daripada sinar UV. Pendedahan yang terlalu lama pada sinar ultra ungu dapat juga menjadi punca berlakunya kanser kulit.

Membasuh kedua tangan dan kaki
ini adalah untuk memperkuat salurah darah tangan dan kaki. Secara anatominya, saluran darah di hujung tangan dan kaki lebih lemah berbandingan ke bahagian lain. seperti yang kita sedia maklum blood flow akan pergi paling banyak ke vital organs. Oleh itu tekanan darah yang dipam dari jantung ke bahagian itu adalah lemah. Selain itu, salurah darah di upper and lower extremities juga sempit dan ini sekali gus me'reduce'kan blood flow to the end. Ini juga boleh menjadi punca berlakunya nekrosis kerana bekalan darah ke bahagian itu terganggu. Pembersihan tapak kaki juga amat penting bagi mencegah pelbagai jangkitan kuman. Manakala pembersihan tapak tangan dapat menghalang jangkitan penyakit melalui oral kerana tangan yang akan menyuapkan makanan ke mulut. 

Fakta-fakta di atas ini diambil dan dirujuk dari buku " Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit". Diharapkan dengan perkongsian ilmu ini dapatlah kita muhasabah diri. Marilah kita teliti kembali cara kita mengambil wudhuk selama ini. Adakah ianya sempurna atau tidak? Perbetulkanlah jika masih berlaku kesalahan.



Kepala dari sesuatu perkara ialah Islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah jidad
(H.R. At-Tirmizi)

Semoga kita tetap beristiqamah menunaikan apaa yang telah difardhukan ke atas kita.

Wallahua'lam... 



    




0 comments:

Post a Comment