Nama-Nama Mu Ya Allah


Qiamullail Perdana

Posted on Thursday 21 March 2013 by isoc.usmkle | 0 comments




Fadhilat qiamullail

Firman Allah:

"Hendaklah engkau bertahajjud sebahagian daripada malam sebagai kewajipan tambahan kepadamu; pasti Allah akan membangkitkanmu pada kedudukan yang terpuji."
(79: al-Israa).

Tahajjud adalah kewajipan khusus bagi Nabi s.a.w.

Daripada 'Aisyah r.a beliau berkata: Nabi s.a.w bangun berqiamullail sehingga bengkak-bengkak kakinya." Aisyah pun bertanya "Kenapa engkau beribadah sebegini ya
Rasulullah sedangkan dosa engkau yang telah lepas dan akan datang telah diampunkan.?" Rasulullah s.a.w pun bersabda:

"Tidakkah boleh aku menjadi hamba yang bersyukur." (Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Nabi s.a.w bersabda:

"Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah sekiranya dia sembahyang malam." (Hadis sahih riwayat bukhari dan muslim)

Nabi s.a.w bersabda:

" Sebaik-baik puasa lepas puasa ramadan adalah puasa pada bulan-bulan haram.Dan sebaik-baik sembahyang selepas solat fardu adalah solat malam" (Hadis sahih riwayat Muslim)

Sabda Nabi s.a.w:

"Wahai manusia sebarkanlah salam, bagilah makan dan sembahyanglah malam ketika manusia tidur nescaya kamu akan masuk syurga dgn selamatnya." (Hadis hasan sahih riwayat at-Tirmizi)

Sabda Nabi s.a.w:

"Hendaklah kamu berqiamullalil. sesunguhnya qiamullail ini gaya hidup orang-orang yang solih, mendekatkan kamu kepada Allah, menghapuskan dosa dan menegah diri dari maksiat." (Hr Hakim)

Sebab apa tidak mampu solat malam?

Telah disampaikan cerita seorang lelaki yang tidur malam sampai subuh dan tidak bangun solat malam. Nabi s.a.w bersabda:

"Lelaki itu syaitan telah kencing di kedua belah telinganya." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Fudail bin Iyad telah berkata:

"Apabila kamu tidak mampu untuk qimaullail; dan puasa sunat pada siang hari maka ketahuilah sesungguhnya kamu telah dibelenggu dengan maksiat yang
kamu lakukan."

Adab Berqimullail

1. Sunat sesiapa yang bangun pada waktu malam untuk sapu muka, bersugi, memandang langit dan membaca ayat 190 - 200 surah Ali Imran. Ini disebut dalam hadis sahih riwayat bukhari dan Muslim (763).

2. Disunatkan membuka solat malam dengan dua rakaat yang ringan. 'Aisyah berkata:

"NAbi s.a.w apabila bangun malam untuk solat tahajjud, baginda membuka dengan dua solat yang ringan." (Hadis sahih riwayat Muslim No 765)

3. Disunatkan solat malam dgn memberi salam setiap dua rakaat dan diakhiri dgn solat witir satu rakaat. Ibnu Umar berkata:

"Nabi s.a.w sembahyang malam dua rakaat dua rakaat dan melakukan witir satu rakaat." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Solat malam sebelas rakaat. 'Aisyah r.a. berkata:

"Nabi s.a.w solat qiamullail sebelas rakaat" (Hadis sahih riwayat Bukhari)

'Aisyah berkata:

"Nabi tidak pernah solat malam -pada bulan ramadan dan lainnya- lebih dari sebelas rakaat." (Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Disunatkan memanjangkan bacaan pada solat malam.

Rasulullah s.a.w ditanya solat yang paling afdal. Baginda menjawab:

"Panjang berdiri" (Hadis sahih riwayat Muslim)

6. Disunatkan menyederhanakan suara ketika solat sunat malam. Tidak kuat dan tidak perlahan. Firman Allah:

"Dan janganlah engkau kuatkan suara mu dalam bacaan solat dan jangan engkau perlahankan. Bacalah dengan sederhana yang diantara kuat dan perlahan." (110:
Al-Isra)

Ulama mazhab Syafie mentafsirkan solat disini dgn solat sunat malam.

7. Disunatkan berbaring apabila terasa sangat mengantuk ketika solat malam.

Nabi s.a.w bersabda:

"Apabila seseorang itu mengantuk ketika dalam solatnya maka hendaklah dia berbaring sehingglah hilang mengantuknya. Maka sesungguhnya seseorang sedang mengantuk hendak beristigfar tetapi dia memaki dirinya sendiri." (hadis sahih riwayat Bukhari No 209 dan Muslim No 786)

8. Disunatkan mengejutkan suami atau isteri untuk bangun malam.Nabi s.a.w bersabda:

"Allah merahmati seorang lelaki yang bangun malam untuk solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia renjiskan dgn air di mukanya. Allah merahmati seorang wanita yang bangun untuk solat malam dan mengejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia merenjiskan muka suaminya dengan air." (hadis Abu Daud dgn sanad yg sahih)

Nabi s.a.w bersabda:

"Apabila seortang lelaki mengejutkan isterinya pada waktu malam dan keduanya solat malam maka ditulis daripada golongan "azzakirin dan azZakirat." (Hr Abu
Daud dan Ibnu Majah No 1336 dgn sanad yg sahih)

# oleh itu pilih lah pasangan yg bangun malam untuk solat bukannya bangun tengok tv, main game, sembang2 kosong atau sekadar qada hajat je. HEHe

9. Solat malam lah dgn istiqamah walaupun sedikit. Apa yg disebut disini adalah yg sempurna. Kalau tidak mampu buatlah walaupun satu rakaat solat witir. Nabi s.a.w ditanya tentang amalan yg paling disukai oleh Allah. maka Baginda menjawab:

"Amalan yang paling kekal walaupun ianya sedikit." (Hadis sahih riwayat Bukhari no 6096 dan Muslim No 783)

10. Disunatkan memperbanyakkan istigfar dan doa ketika mana bangun malam.

Firman Allah:

"Dan orang2 yang beristigfar pada waktu sahur" (17: Ali Imran)

Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguh tuhan akan turun pada setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir dan berkata: Siapa yg berdoa akan ku perkenankan. siapa meminta akan ku berikan dan siapa yang beristigfar akan ku ampunkan."(Hadis sahih riwayat Bukhari No 1094 dan Muslim No 758)

11. Seeloknya seorang itu berniat sungguh untuk bangun qiamullail ketika hendak tidur supaya dia mendapat pahala qiam sekalipun tidak bangun. Sabda Nabi s.a.w:

"Sesiapa yang mendatangi tilamnya dalam keadaan dia berniat hendak bangun solat malam dan dia terlajak tidur sehingga subuh maka ditulis pahala apa yang diniatkan.Tidurnya itu adalah sedekah dari tuhannya." (Hadis riwayat Imam Nasaie dan Ibnu Majah No 1344 dgn sanad sahih diatas syarat2 Imam Muslim)

12. Disunat menqadakan solat malam yg tertinggal. Baginda bersabda:

"Sesiapa yang tertidur dari melakukan amalan malamnya dan dia lakukannya diantara solat subuh dan solat zuhur maka ditulis pahalanya seolah2 dia melakukannya pada waktu malam." (HAdis sahih riwayat Imam Muslim)

13. Makruh mengkhususkan qiamullail pada malam Jumaat sahaja.

Sabda Nabi s.a.w:

"Janganlah kamu mengkhusukan qiamullail pada malam jumaat." (Hr Muslim No 1144- sahih)

#Ini yg banyak dilakukan oleh masyarakat melayu kita dan menyedihkan termasuklah pelajar2 agama sendiri.

14. Disunatkan meniru cara qiamullail Nabi Daud a.s. Sabda Nabi s.a.w:

"Solat yang paling dikasihi adalah solat Nabi Daud a.s dan puasa yang paling dikasihi Allah adalah puasa Nabi Daud. Baginda tidur ditengah malam, bangun disepertiga yg akhir dan tidur semula sepernam yg terakhir. Baginda puasa sehari dan tidak puasa sehari. (Hr Bukhari dan Muslim - sahih)

Maksudnya disini puasa sunat dan solat malam. Puasa ramadan mana boleh buat camtu.

15. Cara Nak bangun awal pada waktu tertentu hendaklah membaca akhir surah kahfi dan niat dan minta pd Allah untuk bangun pada waktu tertentu.


sumber-idhamlim

SOLAT HAJAT UNTUK LAHAD DATU

Posted on by isoc.usmkle | 0 comments






     Seperti yang kita semua sedia maklum, Sabah ataupun secara specifiknya, kawasan Lahad Datu sedang mengalami keadaan yang kucar kacir sejak 1 March lalu. Ini bermakna sudah hampir tiga minggu kawasan Lahad Datu bergolak. Saya tidak mahu bercerita tentang mengapa perkara ini berlaku di sana kerana masih belum ada sumber yang sahih u7ntuk menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di sana. Apa yang saya mahu kongsikan di sini adalah, kami pelajar USMKLE IMP telah menganjurkan program Solat Hajat untuk Lahad Datu pada 14 March ( Khamis) lepas di surau Az-Zumar. Solat Hajat ini diadakan pada waktu anatara maghrib dan isya serta dihadiri juga oleh pelajar koleh berdekatan iaitu pelajar JN Medical Collage.

     Seperti mana yang diriwayatkan oleh Rasulullah dalam satu hadis, 

“An-Nu’man bin Basyir berkata, Nabi SAW. Bersabda, ‘Anda akan melihat kaum mukminin dalam kasih sayang dan cinta-mencintai, pergaulan mereka bagaikan satu badan, jika satu anggotanya sakit, maka menjalarlah kepada lain-lain anggota lainnya sehingga badannya terasa panas dan tidak dapat tidur.” (Dikeluarkan oleh Bukhari : (78) kitab “Tatakrama”, (27) bab: “Kasih sayang kepada Manusia dan Binatang”).

Hadits di atas menggambarkan hubungan sesama kaum muslimin yang begitu erat menurut Islam. Hubungan antara mereka dalam hal kasih sayang, cinta, dan pergaulan diibaratkan hubungan antara anggota badan, yang saling memerlukan, merasakan, dan tidak dapat dipisahkan. Jika salah satu anggota badan tersebut sakit, anggota badan lainnya ikut merasakan sakit.

Dalam hadits lain dinyatakan bahwa hubungan antara seorang mukmin dengan mukmin lainnya bagaikan sebuah bangunan yang saling melengkapi. Bangunan tidak akan berdiri kukuh kalau salah satu komponennya tidak ada ataupun rosak. Hal itu menggambarkan betapa kukuhnya hubungan antara sesama umat Islam.

Inilah salah satu kelebihan yang seharusnya dimiliki oleh kaum mukmin dalam berhubungan antara sesam kaum mukminin. Sifat egois atau mementingkan diri sendiri sangat ditentang dalam Islam. Sebaliknya Islam mengkehendaki umatnya untuk bersatu dan saling membantu karena persaudaraan seiman lebih erat daripada persaudaraan sedarah. Itulah yang menjadi tunjang kekuatan kaum muslimin, setiap muslim merasakan penderitaan saudaranya dan menghulurkan tangannya untuk membantu sebelum diminta yang bukan atas dasar “take and give” tetapi berdasarkan Illahi.

Oleh itu, marilah kita bersama mendoakan agar pergolakan ini akan segera selesai dan berakhir dengan baik. Moga Allah membantu mereka yang berada di pihak yang benar dan berjihad untuk mempertahankan yang haq. Insya Allah.




Makan. Doa. Cinta. ?

Posted on Monday 18 March 2013 by isoc.usmkle | 0 comments
Labels:


Pernahkah anda menonton filem Ketika Cinta Bertasbih? Kalau tak pernah silalah rujuk ikhwah akhowat yang pernah tengok ya. Ingatkah anda pada beberapa scene di mana Abdullah Azzam dan Anna Althafunnisa berdoa dengan linangan air mata. Doa pendamba cinta manusia bermatlamat redhaNya yang sungguh ikhlas.

Begitu juga kita bukan, hoho. Kalau part doa minta pada Allah supaya dapat pasangan yang baik, sungguh-sungguh menghayati, hati seolah-olah mengemis, Ya Allah, berilah pada aku. Titisan air mata turut sama menemani sampai basah tangan, bertakung air mata umpama lopak air di tengah jalan selepas hujan.

Kerana apa, kerana CINTA. Kerana kita benar-benar memaknakan doa yang kita lafaz. Dan apabila Allah perkenankan, gembira bukan kepalang subhanallah, hati bernyanyi riang, langkah terasa ringan. Oh dunia, ketahuilah hari ini doaku Allah perkenankan.

Tapi mengapa sukar benar kita ya sahabat, memaknakan doa doa lain. Doa minta Allah tetapkan pada ketaatan, doa minta Allah jauhkan daripada maksiat, doa minta Allah berikan kita hidayah. Seakan doa hafalan yang dibaca sekadar mencukupkan syarat berdoa, iyalah nanti dikata orang sombong pula. Bukankah antara orang-orang yang sombong itu ialah orang yang tidak berdoa selepas solat.

Eh eh, suka hati awak je labu cakap macam tu. Amboi. Kita hayati la doa kita. Tapi mari kita check balik apa yang kita buat, kenapa bila hidayah datang menyapa, kita lari. Bila sahabat ajak berjemaah di surau, ok bukan suraulah, bilik, kita cakap kita busy? Bila kawan ajak duduklah kejap, kita sharing sharing, kita duduk macam cacing kepanasan. Bila ada apa-apa yang kita tahu, benda ni pasal Tuhan aku, kita tak ambil peduli. Bila kawan tegur pasal couple, kita rasa malas nak dengar. Aku tak buat salah, aku niat nak kahwin lah. Kenapa? Tapi selepas solat kita minta pada Allah, minta Allah bagi hidayah kat kita, kita doa, ‘Ya muqollibal qulub, thabbit qulubana a’la deenik waa’la tooatik’. Jadi kenapa bila Allah datang, kita yang lari.

Kalau tanda-anda berikut ada, rasanya kita belum lagi memaknakan doa kita. Allahurobbi. 22+- tahun berdoa. Tapi kosong. Dan kita persoalkan lagi pada Allah kenapa Kau tak perkenankan doa aku. Kenapa Palestin tak menang-menang,tak aman-aman lagi. Dah berpuluh tahun aku doakan Palestin. Contohnya la. 

Tapi tapi tapi macam mana nak memaknakan doa?

Pertama, kita mula dengan wudhuk, nak doa paling bagus kita berwudhuk dulu ya. Wudhuk yang macam mana. Wudhuk zohir dan bathin. Wudhu bathin macam mana? Setiap basuhan anggota wudhuk, kita jiwai. Imbas balik dosa yang kita buat dengan anggota tu semua dan mohonlah, doalah dalam hati, moga dengan jatuhnya titisan air wudhuk itu, terhapus dosa dosa tu semua. Tapi pesanan penaja, korang janganlah wudhuk sampai setengah jam dan guna air paip berbaldi baldi. Tambahan dengan Belgaum yang tak ada air sekarang ni. Jimatlah. Wudhuk itu bukan pada kuantiti, tapi ratakah sapuannya. Macam ostad ostajah pulak rasa. Hee.

Kedua, fahamilah doa kita. Balik tengok maknanya dan fahaminya. Biar bergetar jiwa saat setiap bait doa kita baca. Biar basah lencun minda dan raga. Basah di mata, tu optional. Cuba guna teknik imbas kembali dalam komsas tu, imbas balik setiap dosa. Memang susah, iya saya sendiri pun rasa susah. Iyalah tengah bayang tiba-tiba teringat Datin Seri Jaguar Si Kucing Item dan enam ekor anak-anaknya. Habeh. Tapi cubalah, bukan main bola je kena berlatih. Hati kita pun kita kena latih tau.

Ketiga, jangan tipu Allah. Terus terang ya kawan-kawan. Alah rugi je korang tipu Allah, Dia tahu jugak. Kalau lemah kata je lemah. Kalau nak nangis, nangis je lah. Kalau tak mampu cakap je tak mampu. Jangan bimbang, mungkin bila kita cerita masalah kat kawan-kawan, dia orang rasa benda tu kecil je, benda remeh. Tapi Allah, apa pun masalah kita, tak pernah remeh pada Dia. Dia tahu kita sakit. Sakit kita bukan benda kecil bagi Allah. Bagaimana kita bangkit, itu tidak kecil bagi Allah. Bagaimana kita kuat demi Dia, itu tidak kecil bagi Allah. Yakin, Dialah Tuhan yang mendengar setiap zarah bicara. Zarah, bukan organ ya, zarah. Yakinlah, kalau bibir sudah tidak mampu mengungkap kata, setiap cell dalam badan kita yang menangis hiba, tetap akan didengariNya. Dan tangisan sekecil satu cell itu pun, bukan kecil bagiNya.

Doalah. Pilihlah untuk jadi kuat, kamu ada Dia. Everything will be fine. Just fine.  



“Sesungguhnya kehidupan di dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau. Jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu, dan Dia tidak akan meminta hartamu. [Muhammad : 7]

Minggu Sambutan Maulidur Rasul

Posted on Tuesday 22 January 2013 by isoc.usmkle | 0 comments


Assalamualaikum semua, jom promosi dan praktikkan akhlak mulia Rasulullah SAW! semoga kita mendapat syafaatnya kelak, insyaallah.

”Katakanlah (wahai Muhammad): jika benar kalian mencintai Allah, maka ikutlah aku,nescaya Allah akan mengasihi kalian, Dan (ingatlah), Allah maha pengampun; lagi maha mengasihani” Ali Imran:31



Malaikat cintaku

Posted on Monday 21 January 2013 by isoc.usmkle | 0 comments
Labels:



Bismillah..

Oh, kelihatan meriah pelajar-pelajar second year berbincang tugasan mempromosi akhlak Rasulullah saw, di Kake Walk, di group group whats app, juga di pinggir-pinggir bilik. Ada juga yang sedang cakap telefon, call mama okay- sila husnudzhon dengan kawan-kawan kita walaupun mereka jelita-jelita dan kacak-kacak belaka.

Cuaca semakin sejuk nampaknya, walaupun sudah tiada status update dari para pelajar USM-KLE yang sering merasa sejuk seperti sedang belajar di Moscow walaupun suhu 12 degree sebenarnya. Tak apa, bak kata pepatah English, without dream, there’ll be no reality.

Back to serious business, -muka ketat ~..~- Kita sebenarnya dah menghampiri hari kelahiran Rasul kita, Nabi Muhammad saw.  Menyelusuri kisah Rasulullah yang sangat mencintai kita, dan sentiasa mengingati kita hinggalah ke saat Baginda menghembuskan nafas baginda yang terakhir, hati saya jadi sebak sendiri.

Oit! 'emotionally unstable' pulak! Tegur seorang kawan.

Biarlah, Nabi kita menangis mengingatkan kita, berdarah-darah sebab kita. Kita menangis sikit takut orang cakap kita ‘poyo’.

Masa kita lalu kat titian sirat, Nabi tahu kita takut, Nabi kcakap kat Malaikat Malik, palingkanlah wajahmu daripada ummatku, nanti mereka takut.

Bila kita tergantung kat tengah-tengah, Nabi pergi tarik tangan kita.

Oh, sila malu dengan diri sendiri ya. Sila malu.

-kedengaran suara team PBL 7 ,sedang berarak bilik ke bilik, untuk tanya siapa yang nak dikejut Subuh esok. Aiwah.

Kita mungkin tidak mampu menanggung apa yang Rasulullah rasa, tak mampu tahan pemulauan, tak mampu tahan ketakutan bila ada cobaan membunuh kita, tak mampu pergi tengah-tengah marruti galli, cakap pasal Islam and then kena baling batu pastu berdarah dahi, lalu darah mengalir masuk ke dalam kasut dan berkocak-kocak dalam kasut kita tu. Kita tak mampu.

Jadi kita doalah, semoga amalan dan usaha kecil yang kita buat ni, Allah redha dan boleh buat Rasulullah senyum tengok kita kat akhirat nanti. Semoga amalan ini, dapat melahirkan rasa cinta yang sangat kuat, supaya kita ada semangat untuk berubah kearah yang lebih baik. Semoga amalan ini, dapat bagi kita rasa sedikit susahnya Rasulullah dahulu.

Ada seorang sahabat pernah berpesan,

Seumpama di dalam semak samun, ada sekuntum bunga yang mekar,
Seperti itulah, di dalam hinanya kita dan banyaknya dosa kita pada Allah, ada satu amalan kita yang sangat Allah suka.
Amalan yang kita tidak tahu yang mana, Allah saja tahu.

Kerana akan datang, suatu masa yang pasti, bila kita akan mati, menghadap ilahi, mungkin esok, mungkin kejap nanti, mungkin malam ni tidur pagi esok tak bangun lagi, 

Allah akan tanya apa yang sudah kita buat untuk Dia?

Cuba bayangkan, apa kita nak jawab masa tu?

Kita cari Rasulullah, bantulah aku Ya Rasulullah, aku ummatmu..

Sedangkan dahulu, aku hanya sibuk, dengan duniaku..



Oh, hari ini kita perlu serius. 

Tempe Pakai Patiala.



Berwuduk dan kepentingannya secara saintifik

Posted on by isoc.usmkle | 0 comments


Berwudhuk juga merupakan satu daripada sunnah Nabi dan kita digalakkan untuk sentiasa berwudhuk. Namun, adakah kita semua tahu kepentingan berwuduk secara saintifiknya?

"Dan dirikan solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar"

(Al-Ankabut: 45)

Apakah keajaiban di sebalik kita berwudhu'? Kini telah ramai pakar perubatan moden yang mengkaji kebaikan berwudhu'

Wudhu merupakan senjata orang mukmin.Allah berfirman:

"Hai orang-orang yang beriman,apabila kamu hendak mengerjaka solat maka basuhlah mukamu dan tanganmu hingga ke siku dan sapulah kepalamu dan basuh kakimu ke dua-dua mata kaki, jika kamu junub maka mandilah, jika kamu sakit atau dalam perjalanan dalam kembali dari tempat buang air atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan tanah yang baik, sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyusahkan kamu tetapi dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur"

(Al-Mai'dah:6)

Wudhu' tidak hanya sekadar membersikan anggota badan yang zahir dan bukan sekadar menyucikan badan yang dilakukan secara berulang kali setiap hari. Pengaruh kejiwaan dan kemuliaan rohani dan dirasakan seorang muslim setelah berwudhu' lebih besar daripada hanya sekadar diungkapkan dengan kata-kata, terutama apabila dia telah melakukan wudhu' dengan sempurna dan baik.

Wudhu' memiliki peranan yang besar bagi kehidupan seorang muslim kerana wudhu' akan menjadikannya sselalu sedar dan bertenaga dalam hidupnya. Perkara ini sebagaimana dinyatakan sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Muslim:-

"Siapa yang berwudhu', dengan sempurna, maka dosa-dosanya keluar dari badan hingga ada yang keluar dari bawah kukunya."

"Siapa yang berwudhu' kemudian dia menyempurnakan dengan membasuh kedua-dua tangan, wajahnya, menyapu kepalanya dan kedua telinga, lalu dia berdiri melaksanakan solat wajib, maka dosanya diampuni pada hari itu. Dosanya diampuni selama dia menjaga kemana kakinya berjalan, menjaga apa yang dipegang tangan yang didengar telinga, yang dilihat matanya dan selama dia mencegah dirinya terjerumus ke dalam keburukan."
(H.R Ahamad dari Abu Umamah)

Mencuci tangan

Lebih 70% penyakit berjangkit seperti influenza disebabkan oleh bakteria, virus mahupun cacing adalah melalui kontaminasi melalui tangan. Dalam bidang kedoktoran yang bakal kita ceburi dalam masa beberapa tahun akan datang,, protokol standard yang paling penting adalah mencuci tangan dan membilasnya dengan sabun. Oleh itu, tidak hairanlah wudhuk dimulakan dengan mencuci kedua belah tapak tangan,

Berkumur
berkumur dapat melindungi oral kaviti daripada jangkitan dan membersihkan gigi drp sisa makanan. Pada hakikatnya, membersihkan kawasan mulut dapat mencegah risiko jangkitan penyakit. Apabila jangkitan itu disebabkan oleh bakteria Streptococcus B hemoliticus, racun daripada tindakan imuniti tubuh ke atas bakteria dapat merebak ke jantung atau ginjal melalui aliran darah. (ni dalam chapter infective endocarditis pun ada tak silap)

Istinsyaq 
maksudnya ialah menghirup air ke dalam hidung. Menurut pakar bedah tumor (oncologist) Dr bahar Azwar, apabila terdapat tumor yang tersembunyi di dalam hidung, aliran air ke dalam hidung dapat merangsang pendarahan sekiranya benar-benar terdapat tumor (positif test- so kiranya boleh detect at early phase lah ).

Membasuh muka
Dengan membasuh muka, kita dapat membersihkan kotoran yang melekat akibat daripada rembesan yang dikeluarkan oleh kelenjar kulit. Rembesan ini selaunya akan menjadi medium pertumbuhan dan pembiakan bakteria. Membasuh muka juga dapat melindungi kulit terutamanya daripada sinar UV. Pendedahan yang terlalu lama pada sinar ultra ungu dapat juga menjadi punca berlakunya kanser kulit.

Membasuh kedua tangan dan kaki
ini adalah untuk memperkuat salurah darah tangan dan kaki. Secara anatominya, saluran darah di hujung tangan dan kaki lebih lemah berbandingan ke bahagian lain. seperti yang kita sedia maklum blood flow akan pergi paling banyak ke vital organs. Oleh itu tekanan darah yang dipam dari jantung ke bahagian itu adalah lemah. Selain itu, salurah darah di upper and lower extremities juga sempit dan ini sekali gus me'reduce'kan blood flow to the end. Ini juga boleh menjadi punca berlakunya nekrosis kerana bekalan darah ke bahagian itu terganggu. Pembersihan tapak kaki juga amat penting bagi mencegah pelbagai jangkitan kuman. Manakala pembersihan tapak tangan dapat menghalang jangkitan penyakit melalui oral kerana tangan yang akan menyuapkan makanan ke mulut. 

Fakta-fakta di atas ini diambil dan dirujuk dari buku " Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit". Diharapkan dengan perkongsian ilmu ini dapatlah kita muhasabah diri. Marilah kita teliti kembali cara kita mengambil wudhuk selama ini. Adakah ianya sempurna atau tidak? Perbetulkanlah jika masih berlaku kesalahan.



Kepala dari sesuatu perkara ialah Islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah jidad
(H.R. At-Tirmizi)

Semoga kita tetap beristiqamah menunaikan apaa yang telah difardhukan ke atas kita.

Wallahua'lam... 



    




rindu, dalam bentuk doa

Posted on Monday 14 January 2013 by isoc.usmkle | 0 comments

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari-hari ini, semua orang menulis, semua orang mengambil gambar,semua orang bernasyid, semua orang ber itu ber ini, semua orang berusrah, semua orang berdakwah, dan semua orang ingin menajamkan logamnya di dalam medan tarbiyyah ini.

dan timbul persoalan,

maka,
apa istimewanya kita?

Semua orang melakukan hal yang sama.
tapi,
yang membezakan kita adalah,

'niat' di awalnya.

kata-kata sentapan dari murobbi, 'betapa banyak amal besar yang menjadi kecil, dan amal yang kecil menjadi besar, hanya kerana niat di awal permulaan."

Suatu hari, saya mahu membeli kamera D5100, berbanding dengan kamera yang lama, D3000, kamera terbaru ini punya video dan LCD yang boleh putar (padahal biasa je pun ). Hati sebenarnya dah lama berkenan tapi still mahu bertanya pendapat pada akhawat sama ada patut beli atau tidak, dan jawapan yang terima memang Allah hai, sungguhlah akhawat :')

".. semua orang beli dslr, tapi kerana apa kita beli ,niat kita, itu yang menjadikan ia istimewa kan?"

mashaAllah. Sungguh benda ni pun boleh jadi satu bentuk tarbiyyah. Mau leleh air mata kalau hari hari dapat tarbiyyah macam ni. Allah.

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah binikmati tarbiyyah.



sumber- kak syafiqah

Q&A Hukum derma darah dan penggunaannya kepada orang Islam dan bukan Islam

Posted on by isoc.usmkle | 0 comments
Labels:

Q : Apakah hukum menderma darah?
A : Harus

Q: Adakah perlu untuk mengsingkan darah orang Islam dan bukan Islam?
A: Tidak perlu.

Penghargaan dalam bentuk bayaran kepada penderma darah adalah tidak digalakkan.




sumber:http://papisma.org/fekahperubatan/?p=87

Malam-malam di Gaza

Posted on by isoc.usmkle | 0 comments

bismillahirrahmanirrahim..


"malam" mereka tak sama dengan "malam" kita.
"tidur" mereka tak sama dengan "tidur" kita.

malam kita,
tidur kita,
mimpi kita.

samakah?

tentu beza,
pejuang dengan pemanja.

Mimpi mereka, 
suatu hari nanti akan taklukkan Al Aqsa.
Tidur mereka,
sedikit untuk kerehatan minda, penuhnya dengan qiamualail buat Sang Pencipta,
malam mereka,
di'alun'kan dengan irama letupan bom dan tangisan saudaranya, dan juga bau gas merata.

Wahai insan ,
malam kamu bagaimana?





nukilan:
http://syafiqahrahmat.blogspot.in/



Sepagi di Rehber

Posted on Monday 7 January 2013 by isoc.usmkle | 0 comments


Pada tanggal 25 Disember yang lepas, sekumpulan pelajar USMKLE telah menganjurkan lawatan ke Rehber (ape tu? Rumah anak yatim Islam). Lawatan ini diketuai oleh saudara HanTar (Hanif Tarmizi) dan seramai 19 orang pengikut. Kami bergerak ke Rehber pada jam 8.30 pagi dengan menaiki gajah kuning USMKLE.
akhi-akhi dari USMKLE

ukhti-ukhti USMKLE

Objektif utama lawatan ke Rehber adalah untuk merapatkan ikatan akidah Islamiah sesama masyarakat Islam tempatan. Selain itu, lawatan ini juga adalah untuk berkongsi rasa kasih dan sayang bersama anak-anak itu kerana meraka tiada tempat bermanja.


“dan sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu apa pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua, kaum kerabat, anak anak yatim, orang orang miskin, tetangga dekat dan tetangga jauh, teman sejawat, Ibnu Sabil dan hamba sahaya yang kamu miliki. Sungguh Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri “ 

An-Nisa’ :36

semasa menerbangkan jet kertas buatan

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan. Aktiviti mereka diasingkan antara muslimin dan muslimat. Antara aktiviti yang dijalankan bersama pelajar muslimat adalah Ice Breaking untuk mengenali kanak-kanak terpilih itu. Kemudian aktiviti sukaneka bermain galah panjang di halaman luar rumah. Anak-anak itu dibahagikan kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada lima orang ahli dan diketuai oleh seorang fasi. Mereka kelihatan teruja dan sangatlah aktif dan sungguh bersemangat. Setalah penat bermain, mereka diajak untuk membuat kad se kreatif yang mungkin berdasarkan minat masing-masing. Ada yang melukis gambar kek, twin tower dan yang paling mengharukan ada salah seorang daripada mereka menulis kalimat Allah J Subhanallah. Part yang paling famous, semestinya segment bergambar bersama kad yang telah dihasilkan. Mereka juga sungguhlah eksited untuk bergambar bersama kami.

Bagi pelajar muslimin pula, mereka telah mengadakan sesi fotografi berseorangan untuk membuat tag nama yang akan diedarkan pada lawatan yang berikutnya ( tidak pasti bila ). Mereka juga turut mentasmi’ bacaan surah-surah lazim anak-anak itu. Aktiviti luar yang sangat mengujakan adalah menerbangkan jet kertas buatan mereka bersama para fasi. Kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak itu.

            Malangnya, masa amat mencemburui kami semua, dan kami terpaksa pulang ke hostel. Berat rasa hati apabila sudah tiba masa untuk berpisah dengan anak-anak itu. Sayu rasa hati apabila mengenangkan nasib mereka yang membesar tanpa kasih sayang dan belaian manja dari ibu dan bapa.

            Ibrah yang dapat sama-sama kita ambil adalah dengan menghargai nikmat mempunyai ibu bapa. mempunyai ibu bapa merupakan nikmat dunia yang sangat bernilai. hilangnya mereka tiada pengganti. Berikut Allah telah berfirman di dalam al quran yang menunjukkan bahawa betapa besar kedudukan ibu bapa dan tuntutan untuk berbuat baik kepada mereka seperti mana yang telah dianjurkan oleh Allah swt.

“ Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya , atau kedua-duanya sekali , sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan-santun) 

Al-Israa’ 23


sekian, wassalam
yang baik itu dari Allah, yang buruk itu juga dari Allah tapi disandarkan kepada saya manusia ciptaanNya






ukhuwah fillah abadan abada, insya Allah

Posted on Wednesday 2 January 2013 by isoc.usmkle | 0 comments




Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara , maka damaikanlah diantara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” (surah al-Hujurat : 10)


Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".

“dan Dia (ALLAH) yang menyatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua kekayaan yang berada di bumi nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati mereka tetapi ALLAH telah menyatukan hati mereka. Sungguh, ALLAH Maha Perkasa, Maha Bijaksana. (8:63) 
Menurut Imam Ghazali : Ada 4 kategori ukhuwah :

1.      Ukhuwah dijalinkan atas dorongan keseronokkan seperti paras rupa,tingkah laku dan sebagainya
2.      Untuk kepentingan diri (peribadi) untuk tujuan kebendaan di dunia tak lebih dari itu
3.      Untuk kepentingan akhirat semata-mata seperti pencinta ilmu mengesihi guru dan para ulamak bukan untuk mendapat keuntungan kebendaan didunia tetapi untuk mendapatkan iman dan taqwa yang pasti dapat menyelamatkan dari azab api neraka di akhirat.
4.      Persaudaraan yang diikat erat daripada kesedaran iman dan taqwa kepada Allah. Terjalin semata-mata patuh dan taat , menyembah dan menyerah diri kepada Allah.