Nama-Nama Mu Ya Allah


An-Nur :35

Posted on Monday 26 November 2012 by isoc.usmkle | 0 comments









sumber: tumblr


Q&A - Doktor Merawat Pesakit Berlainan Jantina

Posted on Saturday 24 November 2012 by isoc.usmkle | 0 comments
Labels:

Soalan : Apakah hukum rawatan lelaki terhadap wanita dan sebaliknya mengikut 4 mazhab utama.


Jawapan :
Rawatan lelaki terhadap wanita dan sebaliknya adalah diharuskan tertakluk kepada beberapa syarat berikut:
i. Tidak ada perawat di kalangan sejenis.
ii. Merawat di tempat yang perlu dan berkaitan sahaja serta menutup anggota-anggota yang lain.
iii. Ditemani oleh mahram atau orang yang thiqah (yang amanah)
iv. Kepakaran hanya dimiliki oleh perawat itu sahaja.
v. Perawat mestilah seorang yang amanah dan bertanggung jawab.
Sumber : disunting dari soal Jawab Agama JAKIM, http://baheis.islam.gov.my, Nombor Rujukan – PANEL 100407

CERAMAH FIQH MEDIK DAN FIQH LUAR NEGARA

Posted on by isoc.usmkle | 0 comments



Poster untuk mengiklankan program ceramah yang bakal diadakan. 


Tajuk : Fiqh Medik dan Fiqh Luar Negara
Tarikh : 16/11/2012
Tempat : Lecture Hall 3 USM KLE




Biodata Naqib:USTAZ MOHD ASSHIK BIN ABU HANIPAH

   Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah. Kebangsaan Lebak, Temerloh, Pahang Darul Makmur. Seterusnya menyambung pengajian di SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang (TAHAP), Jerantut. Beliau berjaya menamatkan pengajian di peringkat Diploma Tahfiz dan Dakwah di Darul Quran, JAKIM (2006).

   Menyedari bahawa ilmu yang dimiliki masih belum mencukupi, beliau meneruskan perjalanan menuntut ilmu di Bumi Nabi Muhammad SAW iaitu di Universiti Islam Madinah dengan tajaan Arab Saudi. Bermula dengan Diploma Persediaan Bahasa Arab selama setahun setengah, beliau meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda Syariah Islamiah (Kepujian) selama empat tahun. Selain daripada universiti, beliau juga berpeluang bertalaqqi dengan beberapa ulama’ di Masjid Nabawi seperti Syeikh Prof.Dr. Abdul Karim bin Ibrahim al-Ghudhaiyah (Mufti Masjid Nabawi), Syeikh Dr. Ahmad bin Ali al-Maqrami (Tenaga pengajar Fiqh Syafie) dan Syeikh Abdul Muhsin ‘Abad Badr (Ulama Hadith). Sekembalinya ke tanah air, beliau terus menyambung pengajian di peringkat Master (full time) dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh di UIAM. Dalam masa yang sama, beliau menyertai Aura Imtiyaz Training and Consultancy sebagai penceramah motivasi (part time).

   Beliau begitu meminati dalam bidang dakwah dan kepimpinan. Beliau pernah menjawat beberapa jawatan dalam persatuan seperti Ketua Unit Usrah Lajnah Dakwah dan Tarbiah PERKEMAT DQ(05/06), Exco Badan Dakwah dan Tarbiah PPM (08/09) dan Yang Dipertua Perpustakaan Pelajar Malaysia Madinah (PPM) (09/10) dan dikenali sekarang sebagai Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi (PERSADA).

   Beliau banyak memenuhi jemputan ceramah di pelbagai program, antaranya di Konvensyen Pelajar Islam Pahang (2005) anjuran Ikatan Pelajar Pahang (IPP)dan Konvensyen Pelajar Islam Kelantan (2006) anjuran Markaz Siswazah Kelantan (MSK). Pernah menjadi pengarah beberapa program seperti Konvensyen Tarbiah (2006) yang dihadiri oleh mahasiswa – mahasiswa IPTA/IPTS seluruh negara dan Kursus Induksi Exco PERSADA (2010). Selain itu, beliau juga giat menjalankan aktiviti dakwah dan kebajikan kepada para jemaah haji Malaysia melalui sebuah NGO, World Wide Association for Introducing ISLAM (WWAII).

   Telah mendirikan rumahtangga bersama isteri tercinta, ‘Ainun Mardhiah bt Ismail yang merupakan graduan Universiti al – Azhar dalam bidang Sarjana Muda Qiraat(2010). Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak yang pertama bernama Muhammad Muadz bin Mohd Asshik.Beliau boleh dihubungi melalui telefon: +6 019 966 7151 atau email: anak_lebak@yahoo.com



      
Ustaz Asshik sedang memberikan ceramah kepada para pelajar di dewan kuliah tiga.

Ustaz Asshik bergambar dengan para pelajar selepas selesai memberikan ceramah.


Tarikh : 16/11/2012 (Jumaat)
Jam : 2.30ptg - 4.30ptg

Fiqh Luar Negara
Antara isu yang dibincangkan:
1. Rukhsah dalam solat (Qasar dan Jama' )
2. Wudhuk : Khuf Berwudhuk Tanpa Menanggalkan Khuf (kasut kulit), al-Jaurab (Stokin), Muq, Kasut, Dan Seumpamanya (Penutup Kaki)

Fiqh Medic
Tarikh : 16/11/2012 ( Jumaat )
Jam : 8.00malam - 10 malam

Antara isu yang dibincangkan
1. Pembedahan yang dibolehkan dan diharamkan
2. Rukhsah solat ketika sedang pembedahan
3. Pengguguran
4. Hukum pembedahan kosmetik
5. Pakar sakit puan lelaki




   Diharapnya program ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada semua pelajar tentang feqah perubatan dalam Islam. Kami berharap agar dapat menganjurkan lagi program-program seperti ini pada masa akan datang sebagai pendedahan kepada para pelajar tentang realiti sebenar profesion kedoktoran. Hal ini adalah sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran ketika bekerja pada masa mendatang. Insya Allah.





AIDIL ADHA DI BELGAUM

Posted on Thursday 22 November 2012 by isoc.usmkle | 0 comments
Labels:






   Hari Raya Aidil Adha atau sering disebut sebagai Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Perayaan ini merupakan perayaan terbesar dalam Islam selain Aidil Fitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidil Adha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas Dzulhijjah setiap tahun. Bermula dengan takbir pada malam 10 Dzulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidil Adha serta khutbah Aidil Adha  di pagi 10 Dzulhijjah. Keistimewaan sambutan Hari Raya Aidiladha ialah terdapatnya ibadah Korban. Ibadah korban hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.



   Perayaan ini disambut sempena memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dalam mengikuti perintah Allah SWT. Berdasarkan mimpi yang diperoleh Nabi Ibrahim, Allah memerintahkan beliau supaya menyembelih anaknya, Nabi Ismail sebagai korban. Sewaktu hampir-hampir Nabi Ismail hendak disembelih, Allah telah menjelma kan Kibas (kambing biri-biri) sebagai pengganti untuk dijadikan korban.



   Peristiwa ini menunjukkan betapa patuhnya Nabi Ibrahim a.s dalam mematuhi segala perintah Allah SWT tanpa rasa ragu-ragu mahupun curiga. Pengorbanan binatang an-am(berkaki empat) pada sambutan Hari Raya Aidiladha merupakan simbolik dalam memperingati peristiwa Nabi Ibrahim dan anaknya.



   Oleh itu, kami pelajar-pelajar USMKLE turut meraikan sambutan Aidil Adha dan pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh pihak jawatan kuasa. Berikut merupakan senarai aktiviti yang telah dijalankan oleh jawatan kuasa pelajar:


   Pada 23 Oktober 2012, hari Selasa, pihak iSOC telah menganjurkan permainan sukaneka untuk ikhwah. Mereka telah dibahagikan kepada lima kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada sepuluh orang ahli. Setiap kumpulan diketuai oleh naqib masing-masing. Aktiviti mereka diberi nama War Game dan bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. Slot permainan diakhiri dengan sesi tazkirah dan muhasabah yang dikendalikan oleh saudara Hanif dan Afiq Aizat.

Semasa diberi taklimat tentang permainan.


Ketika sesi perkongsian dan muhasabah.



   Keesokan harinya, 24 Oktober 2012, hari Rabu, telah diadakan permainan untuk akhowat. Terdapat sepuluh kumpulan dan mempunyai ahli kumpulan seramai lapan orang. Terdapat tiga jenis permainan yang dipertandingankan untuk akhowat iaitu; Kapal Karam, Ana Tsiqah Akhowat, dan Running Women. Aktiviti ini bermula seawal pukul 6.30 pagi hingga


   Pada hari Jumaat pula telah diadakan solat isya berjemaah di kampus USM-KLE pada pukul 8.00malam. Kemudian, setelah usai solat berjemaah, para pelajar dijemput ke dewan kuliah tiga unutk menyaksikan ceramah video ynag berkaitan dengan pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dalam menunaikan perintah Allah untuk mengorbankan anak kandungnya, Nabi Ismail a.s . Ceramah pada malam itu tamat pada pukul 11.00 malam.


   Keesokan harinya, semua pelajar berkumpul di perkarangan terbuka kampus untuk bersama-sama bertakbir  dan menunaikan solat sunat Aidil Adha berjemaah serta mendengar khutbah yang disampaikan oleh Saudara Safwan.

Pelajar pelajar USM-KLE dan JNMC sedang berkumpul untuk menunaikan solat sunat Aidil Adha.



Saudara Safwan sedang membacakan khutbah hari raya.

   Pada sebelah petangnya pula, ibadah koraban dimulakan jam 3.00 petang di rumah Uncle Mushtaq di Azam Nagar. Bas turut disediakan oleh pihak kampus untuk memudahkan pergerakan pelajar ke tempat korban. Boleh dikatakan hampir kesemua pelajar lelaki turut membantu untuk melapah daging-daging korban agar berjalan dengan lancar. Kemudian daging-daging itu dibahagikan untuk diedarkan kepada saudara Islam di Belgaum.


Proses melapah daging.

Berhalaqah ketika melapah daging.


   Aktiviti kemuncak ialah majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Madam Vidya turut menghadiri majlis penutupan dan memberikan sepatah dua kata. Pelajar dari JNMC turut dijemput untuk bersama-sama memeriahkan jamuan Aidil Adha yang diadakan di mess hostel USM pada pukul 8.00malam. 

Keputusan permainan:

Ikhwah
1) Kumpulan Hafiz
2) Kumpulan Aidil

Akhowat
1) Kumpulan Syahirah
2) Kumpulan Nadia

   Semua peserta diberi door tag sebagai cenderamata dan tanda ingatan. Secara keseluruhannya, majlis sambutan hari raya Aidil Adha berjalan lancar. Selain itu, para pelajar dapat menambah kenalan dan merapatkan ukhuwah dengan pelajar-pelajar Muslim dari JNMC yang terdiri daripada pelajar Malaysia dan juga pelajar tempatan.

Allah s.w.t pernah berfirman dalam surah Al-Hujurat, ayat ke 13 yang bermaksud 

“Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.”



Para pelajar berkumpul untuk mendengar ucapan.


Madam Vidya turut hadir untuk menyampaikan sepatah dua kata.

Secara konklusinya, diharap aktiviti-aktiviti seperti ini akan dapat diteruskan dan lagi pada masa akan datang dan ibadah kita diterima Allah s.w.t. Insya Allah.