Nama-Nama Mu Ya Allah


Hadis 1

Posted on Sunday, 11 December 2011 by isoc.usmkle | 0 comments
Labels:





Dari Amir al-Mu'minin Abu Hafs Umar Ibn Khattab ra, katanya: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda:


Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang diniatkan. Maka barangsiapa hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu.


Diriwayatkan hadith ini oleh dua orang Imam hadith iaitu Abu Abdullah Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn Al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari dan Abu al-Hussain Muslim Ibn al-Hajjaj Ibn Muslim al-Qusyairi al-Naisaburi.



Peristiwa bersejarah:

Pada zaman Rasulullah saw, ada seorang dalam kalangan orang yang ingin berhijrah ke Madinah tetapi hijrahnya bukanlah dengan niat untuk menunaikan tuntutan Islam. Malah sebaliknya dia ingin berkahwin dengan seorang wanita yang bernama Ummu Qais. Manakala Ummu Qais sendiri tidak suka untuk menjadi isterinya jika dia tidak berhijrah ke Madinah. Maka sahabat yang berhijrah kerana Ummu Qais itu pun digelar sebagai 'Muhajir Ummu Qais'. Mereka pun akhirnya berkahwin dan menetap di kota Madinah yang damai itu.



Happy ending?


Cuba lihat kembali ayat ini:

"Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang diniatkan"

Jadi...

1) Sahabat itu cuma dapat apa yang diingini sahaja. Tidak lebih daripada itu.
Redha Allah pun tak?
Erm..tak. :(

2) Kesenangan yang muhajir tersebut dapat hanyalah di dunia semata.
Oo, akhirat tak dapat ape-ape ke?
Erm..zero.

Tapi dia sahabat nabi..
So what? Saidina Umar pun memperbetul niat dalam setiap langkah.
Waah, Saidina Umar kot..
:)



Kesimpulan:

Mulai saat ini, marilah kita mulakan setiap amal kita dengan tiada niat yang lain selain kerana Allah. Semoga kita dapat 2 in 1: Apa yang kita ingini dan redha Allah.


p/s: kalau niat 'Muhajir Ummu Qais' berhijrah hanya kerana Allah, insyaAllah dia akan dapat 2 in 1 juga iaitu keredhaan Ilahi dan perkahwinan yang diimpikan. Malanglah baginya kerana niatnya. 
ps/s: Bukan happy ending.




0 comments:

Post a Comment