Nama-Nama Mu Ya Allah


Makan. Doa. Cinta. ?

Posted on Monday, 18 March 2013 by isoc.usmkle | 0 comments
Labels:


Pernahkah anda menonton filem Ketika Cinta Bertasbih? Kalau tak pernah silalah rujuk ikhwah akhowat yang pernah tengok ya. Ingatkah anda pada beberapa scene di mana Abdullah Azzam dan Anna Althafunnisa berdoa dengan linangan air mata. Doa pendamba cinta manusia bermatlamat redhaNya yang sungguh ikhlas.

Begitu juga kita bukan, hoho. Kalau part doa minta pada Allah supaya dapat pasangan yang baik, sungguh-sungguh menghayati, hati seolah-olah mengemis, Ya Allah, berilah pada aku. Titisan air mata turut sama menemani sampai basah tangan, bertakung air mata umpama lopak air di tengah jalan selepas hujan.

Kerana apa, kerana CINTA. Kerana kita benar-benar memaknakan doa yang kita lafaz. Dan apabila Allah perkenankan, gembira bukan kepalang subhanallah, hati bernyanyi riang, langkah terasa ringan. Oh dunia, ketahuilah hari ini doaku Allah perkenankan.

Tapi mengapa sukar benar kita ya sahabat, memaknakan doa doa lain. Doa minta Allah tetapkan pada ketaatan, doa minta Allah jauhkan daripada maksiat, doa minta Allah berikan kita hidayah. Seakan doa hafalan yang dibaca sekadar mencukupkan syarat berdoa, iyalah nanti dikata orang sombong pula. Bukankah antara orang-orang yang sombong itu ialah orang yang tidak berdoa selepas solat.

Eh eh, suka hati awak je labu cakap macam tu. Amboi. Kita hayati la doa kita. Tapi mari kita check balik apa yang kita buat, kenapa bila hidayah datang menyapa, kita lari. Bila sahabat ajak berjemaah di surau, ok bukan suraulah, bilik, kita cakap kita busy? Bila kawan ajak duduklah kejap, kita sharing sharing, kita duduk macam cacing kepanasan. Bila ada apa-apa yang kita tahu, benda ni pasal Tuhan aku, kita tak ambil peduli. Bila kawan tegur pasal couple, kita rasa malas nak dengar. Aku tak buat salah, aku niat nak kahwin lah. Kenapa? Tapi selepas solat kita minta pada Allah, minta Allah bagi hidayah kat kita, kita doa, ‘Ya muqollibal qulub, thabbit qulubana a’la deenik waa’la tooatik’. Jadi kenapa bila Allah datang, kita yang lari.

Kalau tanda-anda berikut ada, rasanya kita belum lagi memaknakan doa kita. Allahurobbi. 22+- tahun berdoa. Tapi kosong. Dan kita persoalkan lagi pada Allah kenapa Kau tak perkenankan doa aku. Kenapa Palestin tak menang-menang,tak aman-aman lagi. Dah berpuluh tahun aku doakan Palestin. Contohnya la. 

Tapi tapi tapi macam mana nak memaknakan doa?

Pertama, kita mula dengan wudhuk, nak doa paling bagus kita berwudhuk dulu ya. Wudhuk yang macam mana. Wudhuk zohir dan bathin. Wudhu bathin macam mana? Setiap basuhan anggota wudhuk, kita jiwai. Imbas balik dosa yang kita buat dengan anggota tu semua dan mohonlah, doalah dalam hati, moga dengan jatuhnya titisan air wudhuk itu, terhapus dosa dosa tu semua. Tapi pesanan penaja, korang janganlah wudhuk sampai setengah jam dan guna air paip berbaldi baldi. Tambahan dengan Belgaum yang tak ada air sekarang ni. Jimatlah. Wudhuk itu bukan pada kuantiti, tapi ratakah sapuannya. Macam ostad ostajah pulak rasa. Hee.

Kedua, fahamilah doa kita. Balik tengok maknanya dan fahaminya. Biar bergetar jiwa saat setiap bait doa kita baca. Biar basah lencun minda dan raga. Basah di mata, tu optional. Cuba guna teknik imbas kembali dalam komsas tu, imbas balik setiap dosa. Memang susah, iya saya sendiri pun rasa susah. Iyalah tengah bayang tiba-tiba teringat Datin Seri Jaguar Si Kucing Item dan enam ekor anak-anaknya. Habeh. Tapi cubalah, bukan main bola je kena berlatih. Hati kita pun kita kena latih tau.

Ketiga, jangan tipu Allah. Terus terang ya kawan-kawan. Alah rugi je korang tipu Allah, Dia tahu jugak. Kalau lemah kata je lemah. Kalau nak nangis, nangis je lah. Kalau tak mampu cakap je tak mampu. Jangan bimbang, mungkin bila kita cerita masalah kat kawan-kawan, dia orang rasa benda tu kecil je, benda remeh. Tapi Allah, apa pun masalah kita, tak pernah remeh pada Dia. Dia tahu kita sakit. Sakit kita bukan benda kecil bagi Allah. Bagaimana kita bangkit, itu tidak kecil bagi Allah. Bagaimana kita kuat demi Dia, itu tidak kecil bagi Allah. Yakin, Dialah Tuhan yang mendengar setiap zarah bicara. Zarah, bukan organ ya, zarah. Yakinlah, kalau bibir sudah tidak mampu mengungkap kata, setiap cell dalam badan kita yang menangis hiba, tetap akan didengariNya. Dan tangisan sekecil satu cell itu pun, bukan kecil bagiNya.

Doalah. Pilihlah untuk jadi kuat, kamu ada Dia. Everything will be fine. Just fine.  



“Sesungguhnya kehidupan di dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau. Jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu, dan Dia tidak akan meminta hartamu. [Muhammad : 7]

0 comments:

Post a Comment