Sepagi di Rehber
Pada tanggal 25
Disember yang lepas, sekumpulan pelajar USMKLE telah menganjurkan lawatan ke
Rehber (ape tu? Rumah anak yatim Islam). Lawatan ini diketuai oleh saudara
HanTar (Hanif Tarmizi) dan seramai 19 orang pengikut. Kami bergerak ke Rehber
pada jam 8.30 pagi dengan menaiki gajah kuning USMKLE.
akhi-akhi dari USMKLE
ukhti-ukhti USMKLE
Objektif utama
lawatan ke Rehber adalah untuk merapatkan ikatan akidah Islamiah sesama
masyarakat Islam tempatan. Selain itu, lawatan ini juga adalah untuk berkongsi
rasa kasih dan sayang bersama anak-anak itu kerana meraka tiada tempat
bermanja.
“dan sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan
sesuatu apa pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua, kaum kerabat, anak
anak yatim, orang orang miskin, tetangga dekat dan tetangga jauh, teman
sejawat, Ibnu Sabil dan hamba sahaya yang kamu miliki. Sungguh Allah tidak
menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri “
An-Nisa’ :36
semasa menerbangkan jet kertas buatan
Terdapat
pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan. Aktiviti mereka diasingkan
antara muslimin dan muslimat. Antara aktiviti yang dijalankan bersama pelajar
muslimat adalah Ice Breaking untuk mengenali kanak-kanak terpilih itu. Kemudian
aktiviti sukaneka bermain galah panjang di halaman luar rumah. Anak-anak itu
dibahagikan kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada lima
orang ahli dan diketuai oleh seorang fasi. Mereka kelihatan teruja dan
sangatlah aktif dan sungguh bersemangat. Setalah penat bermain, mereka diajak
untuk membuat kad se kreatif yang mungkin berdasarkan minat masing-masing. Ada
yang melukis gambar kek, twin tower dan yang paling mengharukan ada salah
seorang daripada mereka menulis kalimat Allah J
Subhanallah. Part yang paling famous, semestinya segment bergambar bersama kad
yang telah dihasilkan. Mereka juga sungguhlah eksited untuk bergambar bersama
kami.
Bagi pelajar
muslimin pula, mereka telah mengadakan sesi fotografi berseorangan untuk
membuat tag nama yang akan diedarkan pada lawatan yang berikutnya ( tidak pasti
bila ). Mereka juga turut mentasmi’ bacaan surah-surah lazim anak-anak itu.
Aktiviti luar yang sangat mengujakan adalah menerbangkan jet kertas buatan
mereka bersama para fasi. Kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak itu.
Malangnya, masa amat mencemburui kami semua, dan kami
terpaksa pulang ke hostel. Berat rasa hati apabila sudah tiba masa untuk
berpisah dengan anak-anak itu. Sayu rasa hati apabila mengenangkan nasib mereka
yang membesar tanpa kasih sayang dan belaian manja dari ibu dan bapa.
Ibrah yang dapat sama-sama kita ambil adalah dengan menghargai nikmat mempunyai ibu bapa. mempunyai ibu bapa merupakan nikmat dunia yang sangat bernilai. hilangnya mereka tiada pengganti. Berikut Allah telah berfirman di dalam al quran yang menunjukkan bahawa betapa besar kedudukan ibu bapa dan tuntutan untuk berbuat baik kepada mereka seperti mana yang telah dianjurkan oleh Allah swt.
“ Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya , atau kedua-duanya sekali , sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan-santun)
Al-Israa’ 23
sekian, wassalam
yang baik itu dari Allah, yang buruk itu juga dari Allah tapi disandarkan kepada saya manusia ciptaanNya
0 comments:
Post a Comment