Nama-Nama Mu Ya Allah


Minggu Sambutan Maulidur Rasul

Posted on Tuesday, 22 January 2013 by isoc.usmkle | 0 comments


Assalamualaikum semua, jom promosi dan praktikkan akhlak mulia Rasulullah SAW! semoga kita mendapat syafaatnya kelak, insyaallah.

”Katakanlah (wahai Muhammad): jika benar kalian mencintai Allah, maka ikutlah aku,nescaya Allah akan mengasihi kalian, Dan (ingatlah), Allah maha pengampun; lagi maha mengasihani” Ali Imran:31



Malaikat cintaku

Posted on Monday, 21 January 2013 by isoc.usmkle | 0 comments
Labels:



Bismillah..

Oh, kelihatan meriah pelajar-pelajar second year berbincang tugasan mempromosi akhlak Rasulullah saw, di Kake Walk, di group group whats app, juga di pinggir-pinggir bilik. Ada juga yang sedang cakap telefon, call mama okay- sila husnudzhon dengan kawan-kawan kita walaupun mereka jelita-jelita dan kacak-kacak belaka.

Cuaca semakin sejuk nampaknya, walaupun sudah tiada status update dari para pelajar USM-KLE yang sering merasa sejuk seperti sedang belajar di Moscow walaupun suhu 12 degree sebenarnya. Tak apa, bak kata pepatah English, without dream, there’ll be no reality.

Back to serious business, -muka ketat ~..~- Kita sebenarnya dah menghampiri hari kelahiran Rasul kita, Nabi Muhammad saw.  Menyelusuri kisah Rasulullah yang sangat mencintai kita, dan sentiasa mengingati kita hinggalah ke saat Baginda menghembuskan nafas baginda yang terakhir, hati saya jadi sebak sendiri.

Oit! 'emotionally unstable' pulak! Tegur seorang kawan.

Biarlah, Nabi kita menangis mengingatkan kita, berdarah-darah sebab kita. Kita menangis sikit takut orang cakap kita ‘poyo’.

Masa kita lalu kat titian sirat, Nabi tahu kita takut, Nabi kcakap kat Malaikat Malik, palingkanlah wajahmu daripada ummatku, nanti mereka takut.

Bila kita tergantung kat tengah-tengah, Nabi pergi tarik tangan kita.

Oh, sila malu dengan diri sendiri ya. Sila malu.

-kedengaran suara team PBL 7 ,sedang berarak bilik ke bilik, untuk tanya siapa yang nak dikejut Subuh esok. Aiwah.

Kita mungkin tidak mampu menanggung apa yang Rasulullah rasa, tak mampu tahan pemulauan, tak mampu tahan ketakutan bila ada cobaan membunuh kita, tak mampu pergi tengah-tengah marruti galli, cakap pasal Islam and then kena baling batu pastu berdarah dahi, lalu darah mengalir masuk ke dalam kasut dan berkocak-kocak dalam kasut kita tu. Kita tak mampu.

Jadi kita doalah, semoga amalan dan usaha kecil yang kita buat ni, Allah redha dan boleh buat Rasulullah senyum tengok kita kat akhirat nanti. Semoga amalan ini, dapat melahirkan rasa cinta yang sangat kuat, supaya kita ada semangat untuk berubah kearah yang lebih baik. Semoga amalan ini, dapat bagi kita rasa sedikit susahnya Rasulullah dahulu.

Ada seorang sahabat pernah berpesan,

Seumpama di dalam semak samun, ada sekuntum bunga yang mekar,
Seperti itulah, di dalam hinanya kita dan banyaknya dosa kita pada Allah, ada satu amalan kita yang sangat Allah suka.
Amalan yang kita tidak tahu yang mana, Allah saja tahu.

Kerana akan datang, suatu masa yang pasti, bila kita akan mati, menghadap ilahi, mungkin esok, mungkin kejap nanti, mungkin malam ni tidur pagi esok tak bangun lagi, 

Allah akan tanya apa yang sudah kita buat untuk Dia?

Cuba bayangkan, apa kita nak jawab masa tu?

Kita cari Rasulullah, bantulah aku Ya Rasulullah, aku ummatmu..

Sedangkan dahulu, aku hanya sibuk, dengan duniaku..



Oh, hari ini kita perlu serius. 

Tempe Pakai Patiala.



Berwuduk dan kepentingannya secara saintifik

Posted on by isoc.usmkle | 0 comments


Berwudhuk juga merupakan satu daripada sunnah Nabi dan kita digalakkan untuk sentiasa berwudhuk. Namun, adakah kita semua tahu kepentingan berwuduk secara saintifiknya?

"Dan dirikan solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar"

(Al-Ankabut: 45)

Apakah keajaiban di sebalik kita berwudhu'? Kini telah ramai pakar perubatan moden yang mengkaji kebaikan berwudhu'

Wudhu merupakan senjata orang mukmin.Allah berfirman:

"Hai orang-orang yang beriman,apabila kamu hendak mengerjaka solat maka basuhlah mukamu dan tanganmu hingga ke siku dan sapulah kepalamu dan basuh kakimu ke dua-dua mata kaki, jika kamu junub maka mandilah, jika kamu sakit atau dalam perjalanan dalam kembali dari tempat buang air atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan tanah yang baik, sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyusahkan kamu tetapi dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur"

(Al-Mai'dah:6)

Wudhu' tidak hanya sekadar membersikan anggota badan yang zahir dan bukan sekadar menyucikan badan yang dilakukan secara berulang kali setiap hari. Pengaruh kejiwaan dan kemuliaan rohani dan dirasakan seorang muslim setelah berwudhu' lebih besar daripada hanya sekadar diungkapkan dengan kata-kata, terutama apabila dia telah melakukan wudhu' dengan sempurna dan baik.

Wudhu' memiliki peranan yang besar bagi kehidupan seorang muslim kerana wudhu' akan menjadikannya sselalu sedar dan bertenaga dalam hidupnya. Perkara ini sebagaimana dinyatakan sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Muslim:-

"Siapa yang berwudhu', dengan sempurna, maka dosa-dosanya keluar dari badan hingga ada yang keluar dari bawah kukunya."

"Siapa yang berwudhu' kemudian dia menyempurnakan dengan membasuh kedua-dua tangan, wajahnya, menyapu kepalanya dan kedua telinga, lalu dia berdiri melaksanakan solat wajib, maka dosanya diampuni pada hari itu. Dosanya diampuni selama dia menjaga kemana kakinya berjalan, menjaga apa yang dipegang tangan yang didengar telinga, yang dilihat matanya dan selama dia mencegah dirinya terjerumus ke dalam keburukan."
(H.R Ahamad dari Abu Umamah)

Mencuci tangan

Lebih 70% penyakit berjangkit seperti influenza disebabkan oleh bakteria, virus mahupun cacing adalah melalui kontaminasi melalui tangan. Dalam bidang kedoktoran yang bakal kita ceburi dalam masa beberapa tahun akan datang,, protokol standard yang paling penting adalah mencuci tangan dan membilasnya dengan sabun. Oleh itu, tidak hairanlah wudhuk dimulakan dengan mencuci kedua belah tapak tangan,

Berkumur
berkumur dapat melindungi oral kaviti daripada jangkitan dan membersihkan gigi drp sisa makanan. Pada hakikatnya, membersihkan kawasan mulut dapat mencegah risiko jangkitan penyakit. Apabila jangkitan itu disebabkan oleh bakteria Streptococcus B hemoliticus, racun daripada tindakan imuniti tubuh ke atas bakteria dapat merebak ke jantung atau ginjal melalui aliran darah. (ni dalam chapter infective endocarditis pun ada tak silap)

Istinsyaq 
maksudnya ialah menghirup air ke dalam hidung. Menurut pakar bedah tumor (oncologist) Dr bahar Azwar, apabila terdapat tumor yang tersembunyi di dalam hidung, aliran air ke dalam hidung dapat merangsang pendarahan sekiranya benar-benar terdapat tumor (positif test- so kiranya boleh detect at early phase lah ).

Membasuh muka
Dengan membasuh muka, kita dapat membersihkan kotoran yang melekat akibat daripada rembesan yang dikeluarkan oleh kelenjar kulit. Rembesan ini selaunya akan menjadi medium pertumbuhan dan pembiakan bakteria. Membasuh muka juga dapat melindungi kulit terutamanya daripada sinar UV. Pendedahan yang terlalu lama pada sinar ultra ungu dapat juga menjadi punca berlakunya kanser kulit.

Membasuh kedua tangan dan kaki
ini adalah untuk memperkuat salurah darah tangan dan kaki. Secara anatominya, saluran darah di hujung tangan dan kaki lebih lemah berbandingan ke bahagian lain. seperti yang kita sedia maklum blood flow akan pergi paling banyak ke vital organs. Oleh itu tekanan darah yang dipam dari jantung ke bahagian itu adalah lemah. Selain itu, salurah darah di upper and lower extremities juga sempit dan ini sekali gus me'reduce'kan blood flow to the end. Ini juga boleh menjadi punca berlakunya nekrosis kerana bekalan darah ke bahagian itu terganggu. Pembersihan tapak kaki juga amat penting bagi mencegah pelbagai jangkitan kuman. Manakala pembersihan tapak tangan dapat menghalang jangkitan penyakit melalui oral kerana tangan yang akan menyuapkan makanan ke mulut. 

Fakta-fakta di atas ini diambil dan dirujuk dari buku " Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit". Diharapkan dengan perkongsian ilmu ini dapatlah kita muhasabah diri. Marilah kita teliti kembali cara kita mengambil wudhuk selama ini. Adakah ianya sempurna atau tidak? Perbetulkanlah jika masih berlaku kesalahan.



Kepala dari sesuatu perkara ialah Islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah jidad
(H.R. At-Tirmizi)

Semoga kita tetap beristiqamah menunaikan apaa yang telah difardhukan ke atas kita.

Wallahua'lam... 



    




rindu, dalam bentuk doa

Posted on Monday, 14 January 2013 by isoc.usmkle | 0 comments

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari-hari ini, semua orang menulis, semua orang mengambil gambar,semua orang bernasyid, semua orang ber itu ber ini, semua orang berusrah, semua orang berdakwah, dan semua orang ingin menajamkan logamnya di dalam medan tarbiyyah ini.

dan timbul persoalan,

maka,
apa istimewanya kita?

Semua orang melakukan hal yang sama.
tapi,
yang membezakan kita adalah,

'niat' di awalnya.

kata-kata sentapan dari murobbi, 'betapa banyak amal besar yang menjadi kecil, dan amal yang kecil menjadi besar, hanya kerana niat di awal permulaan."

Suatu hari, saya mahu membeli kamera D5100, berbanding dengan kamera yang lama, D3000, kamera terbaru ini punya video dan LCD yang boleh putar (padahal biasa je pun ). Hati sebenarnya dah lama berkenan tapi still mahu bertanya pendapat pada akhawat sama ada patut beli atau tidak, dan jawapan yang terima memang Allah hai, sungguhlah akhawat :')

".. semua orang beli dslr, tapi kerana apa kita beli ,niat kita, itu yang menjadikan ia istimewa kan?"

mashaAllah. Sungguh benda ni pun boleh jadi satu bentuk tarbiyyah. Mau leleh air mata kalau hari hari dapat tarbiyyah macam ni. Allah.

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah binikmati tarbiyyah.



sumber- kak syafiqah

Q&A Hukum derma darah dan penggunaannya kepada orang Islam dan bukan Islam

Posted on by isoc.usmkle | 0 comments
Labels:

Q : Apakah hukum menderma darah?
A : Harus

Q: Adakah perlu untuk mengsingkan darah orang Islam dan bukan Islam?
A: Tidak perlu.

Penghargaan dalam bentuk bayaran kepada penderma darah adalah tidak digalakkan.




sumber:http://papisma.org/fekahperubatan/?p=87

Malam-malam di Gaza

Posted on by isoc.usmkle | 0 comments

bismillahirrahmanirrahim..


"malam" mereka tak sama dengan "malam" kita.
"tidur" mereka tak sama dengan "tidur" kita.

malam kita,
tidur kita,
mimpi kita.

samakah?

tentu beza,
pejuang dengan pemanja.

Mimpi mereka, 
suatu hari nanti akan taklukkan Al Aqsa.
Tidur mereka,
sedikit untuk kerehatan minda, penuhnya dengan qiamualail buat Sang Pencipta,
malam mereka,
di'alun'kan dengan irama letupan bom dan tangisan saudaranya, dan juga bau gas merata.

Wahai insan ,
malam kamu bagaimana?





nukilan:
http://syafiqahrahmat.blogspot.in/



Sepagi di Rehber

Posted on Monday, 7 January 2013 by isoc.usmkle | 0 comments


Pada tanggal 25 Disember yang lepas, sekumpulan pelajar USMKLE telah menganjurkan lawatan ke Rehber (ape tu? Rumah anak yatim Islam). Lawatan ini diketuai oleh saudara HanTar (Hanif Tarmizi) dan seramai 19 orang pengikut. Kami bergerak ke Rehber pada jam 8.30 pagi dengan menaiki gajah kuning USMKLE.
akhi-akhi dari USMKLE

ukhti-ukhti USMKLE

Objektif utama lawatan ke Rehber adalah untuk merapatkan ikatan akidah Islamiah sesama masyarakat Islam tempatan. Selain itu, lawatan ini juga adalah untuk berkongsi rasa kasih dan sayang bersama anak-anak itu kerana meraka tiada tempat bermanja.


“dan sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu apa pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua, kaum kerabat, anak anak yatim, orang orang miskin, tetangga dekat dan tetangga jauh, teman sejawat, Ibnu Sabil dan hamba sahaya yang kamu miliki. Sungguh Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri “ 

An-Nisa’ :36

semasa menerbangkan jet kertas buatan

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan. Aktiviti mereka diasingkan antara muslimin dan muslimat. Antara aktiviti yang dijalankan bersama pelajar muslimat adalah Ice Breaking untuk mengenali kanak-kanak terpilih itu. Kemudian aktiviti sukaneka bermain galah panjang di halaman luar rumah. Anak-anak itu dibahagikan kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada lima orang ahli dan diketuai oleh seorang fasi. Mereka kelihatan teruja dan sangatlah aktif dan sungguh bersemangat. Setalah penat bermain, mereka diajak untuk membuat kad se kreatif yang mungkin berdasarkan minat masing-masing. Ada yang melukis gambar kek, twin tower dan yang paling mengharukan ada salah seorang daripada mereka menulis kalimat Allah J Subhanallah. Part yang paling famous, semestinya segment bergambar bersama kad yang telah dihasilkan. Mereka juga sungguhlah eksited untuk bergambar bersama kami.

Bagi pelajar muslimin pula, mereka telah mengadakan sesi fotografi berseorangan untuk membuat tag nama yang akan diedarkan pada lawatan yang berikutnya ( tidak pasti bila ). Mereka juga turut mentasmi’ bacaan surah-surah lazim anak-anak itu. Aktiviti luar yang sangat mengujakan adalah menerbangkan jet kertas buatan mereka bersama para fasi. Kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak itu.

            Malangnya, masa amat mencemburui kami semua, dan kami terpaksa pulang ke hostel. Berat rasa hati apabila sudah tiba masa untuk berpisah dengan anak-anak itu. Sayu rasa hati apabila mengenangkan nasib mereka yang membesar tanpa kasih sayang dan belaian manja dari ibu dan bapa.

            Ibrah yang dapat sama-sama kita ambil adalah dengan menghargai nikmat mempunyai ibu bapa. mempunyai ibu bapa merupakan nikmat dunia yang sangat bernilai. hilangnya mereka tiada pengganti. Berikut Allah telah berfirman di dalam al quran yang menunjukkan bahawa betapa besar kedudukan ibu bapa dan tuntutan untuk berbuat baik kepada mereka seperti mana yang telah dianjurkan oleh Allah swt.

“ Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya , atau kedua-duanya sekali , sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan-santun) 

Al-Israa’ 23


sekian, wassalam
yang baik itu dari Allah, yang buruk itu juga dari Allah tapi disandarkan kepada saya manusia ciptaanNya






ukhuwah fillah abadan abada, insya Allah

Posted on Wednesday, 2 January 2013 by isoc.usmkle | 0 comments




Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara , maka damaikanlah diantara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” (surah al-Hujurat : 10)


Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".

“dan Dia (ALLAH) yang menyatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua kekayaan yang berada di bumi nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati mereka tetapi ALLAH telah menyatukan hati mereka. Sungguh, ALLAH Maha Perkasa, Maha Bijaksana. (8:63) 
Menurut Imam Ghazali : Ada 4 kategori ukhuwah :

1.      Ukhuwah dijalinkan atas dorongan keseronokkan seperti paras rupa,tingkah laku dan sebagainya
2.      Untuk kepentingan diri (peribadi) untuk tujuan kebendaan di dunia tak lebih dari itu
3.      Untuk kepentingan akhirat semata-mata seperti pencinta ilmu mengesihi guru dan para ulamak bukan untuk mendapat keuntungan kebendaan didunia tetapi untuk mendapatkan iman dan taqwa yang pasti dapat menyelamatkan dari azab api neraka di akhirat.
4.      Persaudaraan yang diikat erat daripada kesedaran iman dan taqwa kepada Allah. Terjalin semata-mata patuh dan taat , menyembah dan menyerah diri kepada Allah.