Nama-Nama Mu Ya Allah


Anda fikir anda sudah menjadi seorang yang Hebat?

Posted on Thursday, 10 May 2012 by isoc.usmkle | 0 comments



                Sewaktu Ana menuntut di alam pre-universiti dahulu, Ana pernah menghadiri sebuah kem Pro-Star yang ana fikir banyak mengubah cara Ana berfikir. Pada suatu malam, kami dijadualkan untuk menjalani sebuah aktiviti menulis dan melukis gambar dan deskripsi mengenai ibu dan ayah kami dengan ‘setelus hati’. Ada antara kami juga yang mengambil sambil lewa apa yang dikatakan Fasi pada masa itu, mungkin sebab kami rasa aktiviti tu macam keanak-anakan sedikit dan hari pula sudah beransur pagi serta sangat meletihkan. Tamat sahaja menulis, apa lagi, kamipun perlu menyerahkan jugalah hasil karya kami yang tak seberapa tu. Ada kalangan kami yang menulis dengan sepenuh hati, dan mereka mendapat pujian daripada fasi-fasi disana.

                Hah, jadi, ini pula cerita yang tak berapa enak nak dengar ni. Satu ketika Fasi kami membuka salah satu kertas yang telah dikumpulkan lalu menggumpal kertas tersebut dengan kasar, lalu terus memjijak-mijaknya dengan sepenuh hati. Apa lagi, semua yang berada dalam  dewan ketika itupun terkesima. Sememangnya, sebagai manusia biasa kita tak dapat lari dari perasan amarah apabila ada orang memijak-mijak ayah dan ibu kita sesuka hati mereka. Apa lagi, ana dan kawan-kawan ana pun memberontaklah dan melontarkan kepada Fasi-fasi di sana dengan kata-kata kesat. Kalangan rakan-rakan perempuan pula menangis sehingga ada yang tidak dapat mengawal diri akibat trauma akan perbuatan fasi-fasi tersebut.

                Tetapi tak semua. Ana pernah saksikan seorang kawan Ana yang duduk tersenyum diam, tanpa memberontak, dan menerima dengan seadanya. Hurm, musykil sungguh kawan ana sorang ni. Setelah berlaku perbalahan besar dengan Fasi, barulah Fasilitator tersebut menerangkan cerita sebenar yang mana kertas yang mereka pijak itu hanyalah kertas kosong. Jadi, rakan-rakan tahu apa makna sebalik cerita ini? Kawan ana yang tersenyum lalu mendampingi ana lalu berkata, “Orang  yang hebat antara kita adalah orang yang dapat mengawasi emosinya pada ketika susah dan senang.” Ana pegang kata-kata sahabat ana, sememangnya itulah sebenarnya yang membezakan antara seorang yang matang dan mereka yang masih lagi minda keanak-anakan seperti ana yang cepat sangat memberontak.

                Tahukah kita kerjaya doktor juga memerlukan kecekalan hati seperti ini? Mungkin pada ketika ini, kita boleh bergembira bersenang lenang tanpa memikirkan apa-apapun masalah hidup. Kita perlu belajar sahaja. Tapi cabaran besarnya nanti pada waktu kerjaya kelak. Bayangkanlah kerja sehingga lewat pagi, sampai anak- anak juga nanti tak terurus. Bila akal penat manusia hilang rasional, maka emosi juga terganggu. Pada ketika itu mulalah timbul rasa amarah, benci pada kerjaya kita, dan merawat pesakitpun dengan tidak ikhlas. Salah bedah sahaja, kena ‘litigation’, lepas tu mulalah fikir ‘apalah nak jadi pada masa depan aku’. Jadi, ana memang tak salahkan doktor sendirilah apabila ada kadang-kadang masyarakat kita yang cepat sangat membuat andaian seorang doktor tu bagus ke tak. Kita takkan pernah terfikir akan kesusahan yang dilalui seseorang manusia itu dengan sekadar membuat andaian  ‘Introspection’- bukankah begitu?


Berbalik pada topik ini, sebab itulah, sebagai anak muda, termasuk Ana sendiri masih lagi belajar bagaimana hendak menguasai emosi. Kadang-kala bila orang menghemburkan kata-kata kasar pada kita ataupun kalau seseorang tu tak dapat buat apa yang kita suruh, kita terlalu cepat melatah bukan? Bila dengar bualan buruk tentang seseorang manusia lain, kita juga telalu cepat percaya atau terpengaruh, betul? Oleh itu seorang ilmuwan, Tariq Ramadan,pernah memberi pandangannya melalui Kontemporari Psikologist, dengan mengatakan Master your own emotions, if not you are going to be trapped by your own emotion- then you will understand what is it to be disciplined’. Jadi apakah kita sudah mengakui diri kita sebagai seorang yang sudah matang dan mampu memikul segala tanggungjawab ini? Maka kuasailah Emosi, maka dengan itu kita dapat menguasai minda dan hati kita.


Hanya orang yang berjiwa besar sahaja menganggap segala masalah rumit dalam hidup itu kecil, manakala orang yang berjiwa kecil menganggap segala masalah yang kecil itu rumit’     
-kata-kata Pakar mata, Prof Dr. Muhaya Mohomad dalam sebuah sesi perbualannya di radio IKIM-
                                                                                                                           Pemuda ISLAM 
 USMKLE 2012 

Night of the youth (Lailatul Rijjal and Lailatul Akmar)

Posted on Sunday, 15 April 2012 by isoc.usmkle | 0 comments


     While many amongst the Jawarhal Nehru locals are celebrating Good Friday on the 6th of April, we, the Isoc Community again managed to conduct an event called the Night of the Youth. Day one, as a night  of Iman (Lailatul Iman), the next day as the night of Knowledge (Lailatul Ilmu) and for the last, the night of Amal (Lailatul Amal).

Thursday, 5th April 2012

     It is quite a routine for every USM KLE students for having a fast on Monday and Thursday- Only that the numbers of those whom really did the practice was not big. So why won’t make it a festive? Lailatul Iman proves that all of us were able to face of the challenge. When time comes for us to break the fast, all of us gather at our musallah to serve the mouth watering dinner.

     As in occasion, we had our Maghrib prayers together soon after breaking the fast. We do not recite Kahfi as what we planned it to be, as cleaning-schedule for the left over foods might be quite time-consuming. What matter most, when we feel full, we feel happy. Fret not, of course we wont remember to perform our Isyak prayers after.

Friday, 6th April 2012

    So, our boss Hanif, do have something to share with for the second Day- Jenazah Prayer class. Here in our very musallah, Hanif explains to us the rukyah (the procedures) of conducting the prayers, what are the position of the dead during the prayers and why do there is a need to perform the ibadah. Reason behind this is because it is our duty as son or daughter to get ready for the coming times of our own relatives, especially our parents. As a point to ponder, it is us that bathed our own parents, prayed for them and walk together with them into their crypts. Insyallah.

Saturday, 7th April 2012

      The third yet to be the last event of all, is the Night of Amal. Unlike the previous activities, we commemorate the night in front of the boys hostel. So, there are many activities yet to savor every USM-KLE members. Chicken BBQ, Fried Rice, Fried Potatoes and Icy Lemonade were among the mouth watering dishes to be served.

      The event started out soon after our Maghrib prayers, in front of the NRI Boys Hostels. Actually, should have been a bit earlier, as it seems the Chicken BBQ takes longer time to be sautéed and drilled. While waiting the night dinner- or should I said a supper, there are some games conducted among the ISOC members, such as hand tangling games, Poison box, and ‘Tirai Kasih sayang’.

     Hand-tangling games lead by Akhyar, might seems a bit tough to be played. Every member needed to hold each other hands, and break open to form a big circle with their hand engaged. Tough game for sure, however, it creates the spirit of togetherness among us. Some people tried so hard to break open to form the circle but are yet finding difficulties upon their trying. Other members did it well with just a blink of an eye. This game somehow shows deep meaning into it. For some people, they may find hardship in achieving something in life, although what so ever struggles they try to make. However, some people, achieve their ambition with ease without so much of diffulties. As a muslim we believed in takdir-qada and Qadar. Hardship is a form of Tarbiyah (test and lesson) by Allah taala to see how much we have been greatful upon Him.
There are other games conducted by Afiq Aizat, which is the Poison box. This game was played by passing the box to the next members up until the music stop. Those of whom received the box soon after the music stopped need to give speeches about anything good from any topics that comes to mind from each of the participants- might it be cars, bicycle or anything.

     Cant stopped the salivary secretion!!! But patient awaits in every men hearts for which we put aside our hunger for foods for the last game- Tirai Kasih Sayang. Everyone needs to remember everyone names, place and date of birth before they were put into test. The games were played by separating the USM students into two groups. They were separated by a curtain, and each team needs to send one member from each team. He need to guess the name/ place/ D.O.B of the opponents soon as the curtain fall. The one that quickly guessed, win the game, and able to attract the opponent member into his team. The most men win the game.


The night ends up with a great supper and Nasyeed Song lead by Safwan and the friends. Night of the Youth leaves with thousands of memories which strengthen the bonds between us -the USM-KLE students. This is how the Minority Malaysian among us shares, and lives as a family, as a community- a Malaysian Community whom yet stranded in a place of nowhere in Belgaum, India. J

Rehber; educational & Social Welfare Society's Orphanage

Posted on Wednesday, 11 April 2012 by isoc.usmkle | 0 comments
Labels:

Rehber; educational & Social Welfare Society's Orphanage

Tanggal 8 April 2012, pihak ISOC USM-KLE telah membuat lawatan ke pusat anak yatim Rehber. Seramai lebih kurang 16 orang pelajar telah turut serta dalam lawatan tersebut. Pada jam 5 petang, sedikit penerangan telah disampaikan oleh Mohammad Hanif (Pengerusi ISOC USM-KLE) mengenai aktiviti yang akan dijalankan di sana.

Bangunan pusat Rehber

Ketibaan di Rehber

Rumah anak yatim Rehber terletak di Hydar Ali Chowk, Jindatt Nagar, Peeranwadi, Belgaum. Perjalanan ke sana dari JNMC mengambil masa selama lebih kurang 20 minit. Setibanya di sana, kami disambut mesra oleh 2 orang penjaga Rehbar. Menjadi tradisi di India, apabila mereka menerima tetamu, teh panas ('chai') disediakan untuk para tetamu. Kedatangan kami turut disambut oleh En. Afzal, pemilik Rehber.

Kami diberi peluang untuk meninjau kawasan pusat tersebut dan bertemu dengan anak-anak yatim di sana. Bangunan pusat tersebut mempunyai 2 tingkat dan terdiri daripada beberapa buah bilik; ruang tamu, dapur dll.  Disamping berkenalan dengan kanak-kanak tersebut, kami turut membuat aktiviti bersama mereka seperti berselawat, menyanyikan asmaul husna dan membaca doa-doa harian.

Antara anak-anak yatim di Rehber

Sebelum kami berangkat pulang, wakil daripada ISOC USM-KLE telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada En. Afzal. Sumbangan tersebut merupakan hasil kutipan derma daripada pelajar-pelajar USM-KLE atas inisiatif pihak ISOC.

::Sedikit maklumat mengenai pusat anak yatim Rehber; 6 tahun lalu, sebuah organisasi bernama 'Rehber Educational & Social Welfare' telah ditubuhkan atas rasa tanggungjawab dan amanah terhadap anak-anak yatim. Pada masa yang sama, sebuah pusat telah disediakan bagi menjaga kebajikan kanak-kanak tersebut. Pada permulaannya, pusat Rehber hanya mempunyai 4 orang kanak-kanak dan sekarang jumlah tersebut meningkat kepada 40 orang.

pelajar lelaki yang mengikuti lawatan ke Rehber.
:: Nota kaki: Semoga sedikit sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak membantu anak-anak yatim tersebut meneruskan cita-cita mereka dan menyelamatkan ISLAM mereka, insyaAllah..
Semoga kita tidak pernah jemu untuk memberikan sedikit sumbangan kepada mereka yang memerlukan..

Awan, dengar nasihat hujan =)

Posted on Sunday, 1 April 2012 by isoc.usmkle | 0 comments

Awan, Dengar Nasihat Hujan.



Awan : Hujan, tolong jangan pergi.

Hujan : Awan, ada waktunya melepaskan itu lebih baik. Aku tidak sanggup melihatmu menanggung beban hanya kerana tidak ingin aku pergi.

Awan : Tapi aku masih mampu.


Hujan : *senyum* Ya, mungkin kau masih mampu. Tapi sampai bila kau akan mampu bertahan?


Awan : *diam*


Hujan : Aku harus patuh pada Tuhan kita. Dan kau pun harus akur pada Dia. Dia tahu betapa beratnya kau menanggung beban, kerana itu Dia perintahkan aku untuk turun ke bumi membasahi tanah-tanah gersang yang lebih memerlukan aku daripada kau perlukan aku.


Awan : *mahu menangis*


Hujan : Sungguh, kadang-kadang melepaskan itu lebih baik walaupun saat itu terasa begitu berat sekali. Tapi, Allah kan ada? Mengapa mahu bersedih? *sebak menahan perasaan*


Awan : Pergilah kau Hujan. Aku rela demi Tuhanku. Hanya demi Tuhanku. Terima kasih Hujan. Mendengarmu, aku mengenalku.


Hujan : *Allahu Rabbi* Selamat tinggal Awan. Doakan aku bermanfaat untuk mereka yang lain.


Awan : *airmata jatuh tanpa henti*


Hujan pun turun bersama air mata. Sakit. Saat melepaskan. Saat dilepaskan. Tapi Allah lebih tahu segalanya. Perasaan ini hanya sementara. Mungkin Langit tidak akan mengerti akan kesakitan Awan dan Hujan. Langit hanya menyaksikan. Tapi belum tentu Langit itu faham pengorbanan.

Awan, Hujan menghadiahkanmu Pelangi. Kamu lihat bukan? :’)

 This is what we call the sweet pain feeling :’)

Subhanallah Alhamdulillah Allahukbar.


Kemanisan selepas kepahitan.

Kesenangan selepas kesusahan.

Mahu belajar dengan Awan dan Hujan.

Penulis asal: Srikandi Asytari (At-Thariq Ilal Qulub)

Seumur hidupku

Posted on Friday, 23 March 2012 by isoc.usmkle | 0 comments

Bismillah..

Pernah tak kita rasa hidup kita penuh dengan ujian.
mesti pernah kan..
Tapi kita kena ingat yang...

Allah bagi ujian sebab sayang.
Allah bagi ujian sebab kasih.
Allah bagi ujian sebab uji kesabaran.
Allah bagi ujian sebab nak tingkatkan iman.
Allah bagi ujian sebab nak kita kembali mengingati Dia.
Allah bagi ujian sebab nak kita sedar kesilapan kita.
Allah bagi ujian sebab nak kita tahu Allah rindu kita bercakap dengan dia.
Allah bagi ujian sebab rindu kita mengadu pada Dia.
Allah bagi ujian sebab nak kita tahu Allah sentiasa ada bila-bila masa, senang atau susah.
dan Allah bagi ujian sebab nak bagi kita.............SYURGA, subhanallah, seronoknya :D

Jadi kita kena sabar. Dan lebih penting daripada tu, kita kena SABAR dalam BERSABAR, insyaAllah :)

pernah tak sahabat semua dengar kisah ni.

Ada seorang lelaki bangsawan, dia sangat kaya, hidupnya senang, bahagia, mewah. Rupa parasnya menawan. Dia tidak memiliki apa-apa kerisauan pun dalam hidupnya. Dia lalai dan asyik bersuka ria dengan kemewahan yang dia ada. Padanya kejayaan dan kekayaan yang dia ada adalah sebab Allah sayang padanya.





Ada seorang lagi lelaki, hidupnya menderita. Dia selalu sakit-sakit, sangatlah miskin, mukanya juga tak hensem macam lelaki tadi. Tapi dia seorang yang sangat bersyukur pada Allah. Dia tak pernah pun mengeluh dengan kesusahan dan ujian yang Allah beri pada dia. Dia tetap sabar dan senyum.

Lelaki yang pertama tadi, pada hari akhirat, dia telah dimasukkan ke neraka. Allah memasukkannya ke neraka selama sesaat. Kemudian Allah bertanya kepadanya, sebanyak manakah kesakitan yang engkau alami? Lalu dia menjawab, "seumur hidupku!"

Lelaki yang kedua tadi, padi hari akhirat, telah dimasukkan ke syurga. Kemudian Allah bertanya kepadanya, sebanyak manakah nikmat yang telah engkau perolehi? Lalu lelaki ini tersenyum, lalu menjawab, "seumur hidupku"

Ujian seumur hidup hilang deritanya dengan sesaat di syurga.
Bahagia dalam kelalaian seumur hidup hilang dengan sesaat di neraka. nauzubillah.



Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula kamu bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman
[3:139]


Sabar ya sahabat...
La takhof wa la tahzan, Innallaaha maana
semoga Allah sayang! :D


Ikhlaskan diri dalam perbuatan

Posted on Sunday, 15 January 2012 by isoc.usmkle | 0 comments

       Ana, ingin berkongsi sedikit mengenai erti keikhlasan, yang sememangnya sukar bagi setiap insan untuk lakukannya. Artikel ini dipetik dari mr-tazkirah.blogspot.com. Ramai orang anggap memberi tazkirah, memberi nasihat sudah cukup sebagai jalan kerja membuat kebaikan. Hakikatnya sesuatu yang dilakukan tanpa niat ikhlas, maka segalanya tidak bermakna apa-apa. Oleh itu, ana sendiri menasihati diri serta muslimin dan muslimat sekalian supaya sentiasa menambahkan keikhlasan hati untuk melakukan apa apa perkara baik belajar, berhibur dan segala-galanya.
_________________________________________________________________________________


IKHLAS adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. 

Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak. 

Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas. 

Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. 

Siapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas, automatik, ikhlasnya terbatal. 

Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas: Membantu seseorang sambil berkata, 

"Ambillah, saya ikhlas…" 

Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak. 

"Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak.." 

Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan, "Yang ikhlas." "Yang Benar." 

Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. 

Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah. 

Erti Ikhlas 

Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure). 

Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah: kerana suruhan-Nya kerana keredhaan-Nya kerana arahan-Nya kerana mentaati-Nya kerana patuh pada-Nya 

Jadi, perkara di atas adalah dari sebab atau kerana-Nya yang satu, tujuan 
satu, dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Abdikan diri kerana Allah, 
tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah ikhlas - dorongannya 
satu. 

Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah. 

Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik khafi. 

Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai "kerana-kerana" yang selain dari "kerana Allah". 

Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar. 

Jarang diambil kira, selalunya ramai yang terjebak. 

Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur. 

Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan: 

- awal 
- pertengahan 
- akhir 

Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata: 

"Inilah masanya nak jadi popular" "Aku akan jadi terkenal…" "Dengan ceramah ini dapatlah duit poket." 

Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air. 

Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata: "Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis." 

Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata: "Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis." 

Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh. 

Orang ramai yang mendengar ceramah tersebut juga tidak berubah sebab hati sudah cacat. Mereka memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhuk, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.



Dipetik dari mr-blog.blogspot.com

buah kejujuran

Posted on Thursday, 29 December 2011 by isoc.usmkle | 0 comments



Di antara tanda-tanda kejujuran adalah takut kepada Allah dan zuhud dalam urusan dunia. Orang yang jujur dalam keyakinannya merasa takut makan yang haram, dia lebih memilih memikul kemiskinan dan kesulitan demi mengharap Darus Salam Surga. Jika dia berdosa maka dia tidak tidur sehingga dia kembali kepada Tuhannya dan berlepas diri dari dosanya.


Ibnu Jarir At-Thabari menceritakan, di musim haji aku berada di Makkah, aku melihat seorang laki-laki dari Khurasan mengumumkan,

"Wahai para jamaah haji, wahai penduduk Makkah, aku kehilangan sebuah kantong berisi seribu dinar. Siapa yang mengembalikannya kepadaku moga Allah membalasnya dengan kebaikan dan membebaskannya dari neraka serta dia mendapat pahala balasan pada Hari Kiamat."


Berdirilah seorang laki-laki tua berbadan tinggi dari penduduk Makkah. Dia berkata, 

 "Wahai orang Khurasan, negeri kami ini tabiatnya keras, musim haji terbatas, hari-harinya terhitung, pintu-pintu usaha tertutup. Mungkin hartamu itu ditemukan oleh seorang mukmin yang miskin atau orang lanjut usia, dia ingin mendapatkan janjimu, seandainya dia mengembalikannya kepadamu, kamu bersedia memberinya sedikit harta yang halal."



Orang Khurasani menjawab,

 "Berapa jumlah hadiah yang dia inginkan?"
 

Bapak tua menjawab,

"Sepuluh persen, seratus dinar."


Orang Khurasan menolak. Dia berkata,

"Tidak, akan tetapi aku menyerahkan urusannya kepada Allah dan aku adukan dia pada hari di mana kita semua menghadap kepadaNya. Dialah yang mencukupi kita dan Dia adalah sebaik-baik pelindung."


Ibnu Jarir At-Thabari berkata, hatiku berkata bahwa orang tua itu adalah orang miskin, besar kemungkinan dialah penemu kantong dinar tersebut dan ingin memperoleh sedikit darinya. Aku mengintipnya sampai dia di rumahnya. Ternyata dugaanku benar. Aku mendengarnya memanggil, 

"Wahai Lubabah."

Terdengar seorang wanita menjawab,

"Baik Abu Ghiyats."

Orang tua itu berkata, 

"Aku mendapatkan pemilik kantong mengumumkannya tetapi dia tidak mau memberi penemunya sedikit pun. Aku telah katakan kepadanya, 'Beri kami seratus dinar', tetapi dia menolak dan menyerahkan urusannya kepada Allah. Apa yang aku lakukan wahai Lubabah? Harus dikembalikan. Aku takut kepada Allah. Aku takut dosaku bertumpuk-tumpuk."


Lubabah, isterinya itu menjawab,

"Suamiku, kita telah menderita kemiskinan bersamamu selama lima puluh tahun. Kita mempunyai empat anak perempuan, dua saudara perempuan, aku isterimu dan ibuku, lalu kamu yang kesembilan, kita tidak mempunyai kambing, tidak ada padang gembala. Ambil semua wangnya, kenyangkan kami kerana kami semua lapar. Beli pakaian untuk kami, kamu lebih mengerti dengan keadaan kita. Dan semoga Allah membuatmu kaya sesudah itu, maka kamu bisa mengembalikan wang itu setelah kamu memberi makan keluargamu atau Allah melunasi hutangmu di Hari Kiamat."


Pak tua itu berkata kepada isterinya,

"Apakah aku akan makan harta haram setelah aku menjalani hidup selama lapan puluh enam tahun. Aku membakar perutku dengan api neraka setelah sekian lama aku bersabar atas kemiskinanku dan mengundang kemarahan Allah, padahal aku sudah diambang pintu kubur. Demi Allah aku tidak akan melakukannya."


Ibnu Jarir berkata, aku pergi dengan perasaan taajub terhadap bapak tua itu dan isterinya. Keesokan harinya di waktu yang sama, aku mendengar pemilik dinar mengumumkan, dia berkata,

"Wahai penduduk Makkah, wahai para jamaah haji, wahai tamu-tamu Allah dari desa maupun kota, siapa yang menemukan sebuah kantong berisi seribu dinar maka hendaknya dia mengembalikannya kepadaku dan baginya balasan pahala dari Allah."


Bapak tua itu berdiri dan berkata,

"Hai orang Khurasan. Kemarin aku telah katakan kepadamu, aku telah memberimu saran. Kota kami ini demi Allah, tumbuh-tumbuhannya dan ternaknya sedikit. Bermurah hatilah sedikit kepada penemu kantong itu sehingga dia tidak melanggar syariat. Aku telah katakan kepadamu untuk memberi orang yang menemukannya seratus dinar tetapi kamu menolaknya. Jika uangmu itu ditemukan oleh seseorang yang takut kepada Allah, apakah kamu sudi memberinya sepuluh dinar saja tidak seratus dinar agar bisa menjadi penutup dan pelindung baginya.”


Orang Khurasan menjawab,

"Tidak. Aku berharap pahala hartaku di sisi Allah dan aku mengadukannya kepadaNya pada Hari Kiamat. Dialah yang mencukupi kita dan Dia adalah sebaik-baik pelindung."


Ibnu Jarir berkata, kemudian orang-orang bubar. Pada hari ketiga aku kembali mendengar pemilik kantong itu kembali meneriakkan pengumuman yang sama, 

“Wahai seluruh jamaah haji, wahai para tamu Allah, dari kota dan desa siapa yang menemukan kantong berisi seratus dinar dan dia mengembalikannya kepadaku maka untuknya pahala dari Allah."


Bapak tua itu maju dan berkata,

"Hai orang Khurasan. Kemarin lusa aku telah katakan kepadamu, berilah orang yang menemukannya seratus dinar dan kamu menolak, kemudian sepuluh dinar dan kamu pun menolak apakah kamu bersedia memberinya satu dinar saja, setengahnya untuk memenuhi hajatnya dan setengah lagi untuk membeli ternakan yang diminum susunya, maka dia bisa memberi minum kepada orang-orang dan mendapatkan pahala dan memberi makan anak-anaknya dan dia berharap pahala."


Orang Khurasan itu menjawab, 

"Tidak, tetapi aku menyerahkannya kepada Allah dan mengadukannya pada saat kita bertemu denganNya. Dialah yang mencukupi kami dan Dialah sebaik-baik penolong."


Orang tua itu menariknya sambil berkata, 

"Kemarilah kamu, ambillah dinarmu biarkan aku tidur di malam hari. Aku tidak pernah merasa tenang sejak menemukan harta itu."


Ibnu Jarir berkata, orang tua itu pergi bersama pemilik dinar. Aku mengekori keduanya sehingga orang tua itu masuk rumahnya. Dia menggali tanah dan mengeluarkan dinar itu. Dia berkata,

“Ambil wangmu aku memohon kepada Allah agar memaafkanku dan memberiku rezki dari kurniaNya."


Orang Khurasan itu mengambil dinarnya dan ketika dia tiba di pintu dia berkata,

"Pak tua, bapakku wafat – semoga Allah merahmatinya – dan meninggalkan untukku tiga ribu dinar. Dia mewasiatkan kepadaku, 'Ambil sepertiganya dan berikan kepada orang yang paling berhak menerimanya menurutmu'. Maka aku menyimpannya di kantong ini sampai aku memberikannya kepada yang berhak. Demi Allah sejak aku berangkat dari Khurasan sampai di sini aku tidak melihat seseorang yang lebih berhak untuk menerimanya kecuali dirimu. Ambillah semoga Allah memberkatimu. Semoga Allah membalas kebaikan untukmu atas amanatmu dan kesabaranmu atas kemiskinanmu."

Lalu dia pergi dan meninggalkan dinarnya.
Bapak tua itu menangis, berdoa kepada Allah, dia berkata,

"Semoga Allah memberi rahmat kepada pemilik harta di kuburnya. Dan semoga Allah memberi berkah kepada anaknya."


Ibnu Jarir berkata, maka aku pun meninggalkan tempat itu, berjalan di belakang orang Khurasan itu, tetapi Abu Ghiyats menyusulku dan memintaku kembali. Dia berkata kepadaku,

“Duduklah, aku melihatmu mengikutiku sejak hari pertama. Kamu mengetahui berita ini kemarin dan hari ini. Aku telah mendengar Ahmad bin Yusuf Al-Yarbu'i berkata, aku mendengar Malik berkata, aku mendengar Nafi' berkata dari Abdullah bin Umar bahwa Nabi saw bersabda kepada Umar dan Ali, 

"Apabila Allah memberi kalian berdua hadiah tanpa meminta dan tanpa mengharapkan maka terimalah dan jangan menolaknya karena jika demikian maka kalian berdua telah menolaknya kepada Allah.” Dan ini adalah hadiah dari Allah dan hadiah bagi siapa yang hadir."


Abu Ghiyats lalu memanggil,

"Wahai Lubabah, wahai fulanah, wahai fulanah."

Dia memanggil putri-putrinya, dua saudara perempuannya, istrinya dan mertuanya. Dia duduk dan memintaku untuk duduk. Kami semua berjumlah sepuluh. Dia membuka kantong dan berkata,

"Buka pangkuan kalian."

Maka aku membuka pangkuanku. Adapun mereka, karena mereka tidak memiliki pakaian maka mereka tidak mampu membuka pangkuan mereka. Mereka menadahkan tangan mereka. Pak tua itu mulai menghitung dinar demi dinar, sampai di dinar kesepuluh dia memberikannya kepadaku sambil berkata,

"Ini untukmu."

Sampai isi kantong yang berjumlah seribu dinar itu habis dan aku mendapatkan seratus dinar.


Ibnu Jarir berkata, kebahagiaan mereka atas kurnia Allah lebih membahagiakan diriku daripada diriku sendiri yang mendapatkan seratus dinar. Manakala aku hendak pergi, dia berkata kepadaku,



“Anak muda, kamu penuh berkah. Aku tidak pernah melihat wang ini, tidak pernah memimpikannya. Aku pesankan kepadamu bahwa harta itu halal maka jagalah dengan baik. Ketahuilah bahwa sebelum ini aku solat subuh dengan baju usang ini. Kemudian aku melepasnya sehingga anakku satu persatu bisa memakainya untuk solat, kemudian aku pergi bekerja antara zuhur dan asar. Kemudian di petang hari aku pulang dengan membawa rezki yang diberikan oleh Allah kepadaku, kurma dan beberapa potong roti. Kemudian aku melepas pakaian usang ini untuk digunakan solat Zuhur dan Asar oleh putri-putriku. Begitu pula pada solat Maghrib dan Isya'. Kami tidak pernah membayangkan melihat dinar-dinar ini. Semoga ia bermanfaat dan semoga apa yang aku dan kamu ambil juga bermanfaat. Semoga Allah merahmati pemiliknya di kubur, melipatgandakan pahala bagi anaknya dan meberikan balasan kepadanya."


Ibnu Jarir berkata, aku meminta izin untuk beredar darinya. Aku telah memperolehi seratus dinar. Aku menggunakannya untuk biaya mencari ilmu selama dua tahun. Aku memenuhi keperluanku sehari-hari. Aku membeli kertas, berpergian dan membayar pembiayaan hidup dengan wang itu. Enam belas tahun kemudian aku kembali ke Makkah. Aku bertanya tentang bapak tua itu, ternyata dia telah meninggal dunia beberapa bulan setelah peristiwa itu. Begitu pula isterinya, mertuanya dan dua saudara perempuannya, semuanya telah meninggal dunia. Tinggal puteri-puterinya. Aku bertanya tentang mereka. Ternyata mereka telah menikah dengan para gabenor dan raja. Hal itu karena berita kebaikan orang tuanya yang melambung di serata negeri. Aku singgah bertemu dengan suami-suami mereka. Mereka menyambutku dengan baik. Memuliakanku sampai mereka kembali kepada Allah. Semoga Allah memberkati mereka dengan apa yang mereka dapat.
Selesai kisah Ibnu Jarir.


Firman Allah Taala, "Demikianlah diberi pengajaran dengan itu orang yang beriman kepada Allah dari hari Akhirat. Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya." (Ath-Thalaq: 2-3).


Dari Mausu’ah min Qashash as-Salaf, Ahmad Salim Baduwailan.
(Izzudin Karimi)