Nama-Nama Mu Ya Allah


CERAMAH FIQH MEDIK DAN FIQH LUAR NEGARA

Posted on Saturday 24 November 2012 by isoc.usmkle | 0 comments



Poster untuk mengiklankan program ceramah yang bakal diadakan. 


Tajuk : Fiqh Medik dan Fiqh Luar Negara
Tarikh : 16/11/2012
Tempat : Lecture Hall 3 USM KLE




Biodata Naqib:USTAZ MOHD ASSHIK BIN ABU HANIPAH

   Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah. Kebangsaan Lebak, Temerloh, Pahang Darul Makmur. Seterusnya menyambung pengajian di SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang (TAHAP), Jerantut. Beliau berjaya menamatkan pengajian di peringkat Diploma Tahfiz dan Dakwah di Darul Quran, JAKIM (2006).

   Menyedari bahawa ilmu yang dimiliki masih belum mencukupi, beliau meneruskan perjalanan menuntut ilmu di Bumi Nabi Muhammad SAW iaitu di Universiti Islam Madinah dengan tajaan Arab Saudi. Bermula dengan Diploma Persediaan Bahasa Arab selama setahun setengah, beliau meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda Syariah Islamiah (Kepujian) selama empat tahun. Selain daripada universiti, beliau juga berpeluang bertalaqqi dengan beberapa ulama’ di Masjid Nabawi seperti Syeikh Prof.Dr. Abdul Karim bin Ibrahim al-Ghudhaiyah (Mufti Masjid Nabawi), Syeikh Dr. Ahmad bin Ali al-Maqrami (Tenaga pengajar Fiqh Syafie) dan Syeikh Abdul Muhsin ‘Abad Badr (Ulama Hadith). Sekembalinya ke tanah air, beliau terus menyambung pengajian di peringkat Master (full time) dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh di UIAM. Dalam masa yang sama, beliau menyertai Aura Imtiyaz Training and Consultancy sebagai penceramah motivasi (part time).

   Beliau begitu meminati dalam bidang dakwah dan kepimpinan. Beliau pernah menjawat beberapa jawatan dalam persatuan seperti Ketua Unit Usrah Lajnah Dakwah dan Tarbiah PERKEMAT DQ(05/06), Exco Badan Dakwah dan Tarbiah PPM (08/09) dan Yang Dipertua Perpustakaan Pelajar Malaysia Madinah (PPM) (09/10) dan dikenali sekarang sebagai Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi (PERSADA).

   Beliau banyak memenuhi jemputan ceramah di pelbagai program, antaranya di Konvensyen Pelajar Islam Pahang (2005) anjuran Ikatan Pelajar Pahang (IPP)dan Konvensyen Pelajar Islam Kelantan (2006) anjuran Markaz Siswazah Kelantan (MSK). Pernah menjadi pengarah beberapa program seperti Konvensyen Tarbiah (2006) yang dihadiri oleh mahasiswa – mahasiswa IPTA/IPTS seluruh negara dan Kursus Induksi Exco PERSADA (2010). Selain itu, beliau juga giat menjalankan aktiviti dakwah dan kebajikan kepada para jemaah haji Malaysia melalui sebuah NGO, World Wide Association for Introducing ISLAM (WWAII).

   Telah mendirikan rumahtangga bersama isteri tercinta, ‘Ainun Mardhiah bt Ismail yang merupakan graduan Universiti al – Azhar dalam bidang Sarjana Muda Qiraat(2010). Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak yang pertama bernama Muhammad Muadz bin Mohd Asshik.Beliau boleh dihubungi melalui telefon: +6 019 966 7151 atau email: anak_lebak@yahoo.com



      
Ustaz Asshik sedang memberikan ceramah kepada para pelajar di dewan kuliah tiga.

Ustaz Asshik bergambar dengan para pelajar selepas selesai memberikan ceramah.


Tarikh : 16/11/2012 (Jumaat)
Jam : 2.30ptg - 4.30ptg

Fiqh Luar Negara
Antara isu yang dibincangkan:
1. Rukhsah dalam solat (Qasar dan Jama' )
2. Wudhuk : Khuf Berwudhuk Tanpa Menanggalkan Khuf (kasut kulit), al-Jaurab (Stokin), Muq, Kasut, Dan Seumpamanya (Penutup Kaki)

Fiqh Medic
Tarikh : 16/11/2012 ( Jumaat )
Jam : 8.00malam - 10 malam

Antara isu yang dibincangkan
1. Pembedahan yang dibolehkan dan diharamkan
2. Rukhsah solat ketika sedang pembedahan
3. Pengguguran
4. Hukum pembedahan kosmetik
5. Pakar sakit puan lelaki




   Diharapnya program ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada semua pelajar tentang feqah perubatan dalam Islam. Kami berharap agar dapat menganjurkan lagi program-program seperti ini pada masa akan datang sebagai pendedahan kepada para pelajar tentang realiti sebenar profesion kedoktoran. Hal ini adalah sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran ketika bekerja pada masa mendatang. Insya Allah.





0 comments:

Post a Comment