Nama-Nama Mu Ya Allah


Anda fikir anda sudah menjadi seorang yang Hebat?

Posted on Thursday, 10 May 2012 by isoc.usmkle | 0 comments



                Sewaktu Ana menuntut di alam pre-universiti dahulu, Ana pernah menghadiri sebuah kem Pro-Star yang ana fikir banyak mengubah cara Ana berfikir. Pada suatu malam, kami dijadualkan untuk menjalani sebuah aktiviti menulis dan melukis gambar dan deskripsi mengenai ibu dan ayah kami dengan ‘setelus hati’. Ada antara kami juga yang mengambil sambil lewa apa yang dikatakan Fasi pada masa itu, mungkin sebab kami rasa aktiviti tu macam keanak-anakan sedikit dan hari pula sudah beransur pagi serta sangat meletihkan. Tamat sahaja menulis, apa lagi, kamipun perlu menyerahkan jugalah hasil karya kami yang tak seberapa tu. Ada kalangan kami yang menulis dengan sepenuh hati, dan mereka mendapat pujian daripada fasi-fasi disana.

                Hah, jadi, ini pula cerita yang tak berapa enak nak dengar ni. Satu ketika Fasi kami membuka salah satu kertas yang telah dikumpulkan lalu menggumpal kertas tersebut dengan kasar, lalu terus memjijak-mijaknya dengan sepenuh hati. Apa lagi, semua yang berada dalam  dewan ketika itupun terkesima. Sememangnya, sebagai manusia biasa kita tak dapat lari dari perasan amarah apabila ada orang memijak-mijak ayah dan ibu kita sesuka hati mereka. Apa lagi, ana dan kawan-kawan ana pun memberontaklah dan melontarkan kepada Fasi-fasi di sana dengan kata-kata kesat. Kalangan rakan-rakan perempuan pula menangis sehingga ada yang tidak dapat mengawal diri akibat trauma akan perbuatan fasi-fasi tersebut.

                Tetapi tak semua. Ana pernah saksikan seorang kawan Ana yang duduk tersenyum diam, tanpa memberontak, dan menerima dengan seadanya. Hurm, musykil sungguh kawan ana sorang ni. Setelah berlaku perbalahan besar dengan Fasi, barulah Fasilitator tersebut menerangkan cerita sebenar yang mana kertas yang mereka pijak itu hanyalah kertas kosong. Jadi, rakan-rakan tahu apa makna sebalik cerita ini? Kawan ana yang tersenyum lalu mendampingi ana lalu berkata, “Orang  yang hebat antara kita adalah orang yang dapat mengawasi emosinya pada ketika susah dan senang.” Ana pegang kata-kata sahabat ana, sememangnya itulah sebenarnya yang membezakan antara seorang yang matang dan mereka yang masih lagi minda keanak-anakan seperti ana yang cepat sangat memberontak.

                Tahukah kita kerjaya doktor juga memerlukan kecekalan hati seperti ini? Mungkin pada ketika ini, kita boleh bergembira bersenang lenang tanpa memikirkan apa-apapun masalah hidup. Kita perlu belajar sahaja. Tapi cabaran besarnya nanti pada waktu kerjaya kelak. Bayangkanlah kerja sehingga lewat pagi, sampai anak- anak juga nanti tak terurus. Bila akal penat manusia hilang rasional, maka emosi juga terganggu. Pada ketika itu mulalah timbul rasa amarah, benci pada kerjaya kita, dan merawat pesakitpun dengan tidak ikhlas. Salah bedah sahaja, kena ‘litigation’, lepas tu mulalah fikir ‘apalah nak jadi pada masa depan aku’. Jadi, ana memang tak salahkan doktor sendirilah apabila ada kadang-kadang masyarakat kita yang cepat sangat membuat andaian seorang doktor tu bagus ke tak. Kita takkan pernah terfikir akan kesusahan yang dilalui seseorang manusia itu dengan sekadar membuat andaian  ‘Introspection’- bukankah begitu?


Berbalik pada topik ini, sebab itulah, sebagai anak muda, termasuk Ana sendiri masih lagi belajar bagaimana hendak menguasai emosi. Kadang-kala bila orang menghemburkan kata-kata kasar pada kita ataupun kalau seseorang tu tak dapat buat apa yang kita suruh, kita terlalu cepat melatah bukan? Bila dengar bualan buruk tentang seseorang manusia lain, kita juga telalu cepat percaya atau terpengaruh, betul? Oleh itu seorang ilmuwan, Tariq Ramadan,pernah memberi pandangannya melalui Kontemporari Psikologist, dengan mengatakan Master your own emotions, if not you are going to be trapped by your own emotion- then you will understand what is it to be disciplined’. Jadi apakah kita sudah mengakui diri kita sebagai seorang yang sudah matang dan mampu memikul segala tanggungjawab ini? Maka kuasailah Emosi, maka dengan itu kita dapat menguasai minda dan hati kita.


Hanya orang yang berjiwa besar sahaja menganggap segala masalah rumit dalam hidup itu kecil, manakala orang yang berjiwa kecil menganggap segala masalah yang kecil itu rumit’     
-kata-kata Pakar mata, Prof Dr. Muhaya Mohomad dalam sebuah sesi perbualannya di radio IKIM-
                                                                                                                           Pemuda ISLAM 
 USMKLE 2012